Sunday, June 5, 2011

Sup Tulang & Sayur Campur

Semlm Abah pergi pasar mlm beli stok bahan mentah utk 1 week. Dalam byk-byk stok tu, Abah beli tulang lembu. Abah request hari ni nak makan sup tulang. So, dinner tadi ni lah sup yg Ummi masak utk Abah.

Resepi Sup Tulang Ummi

Bahan A
500g tulang lembu
1 pek sup bunjut tulang adabi
1 inci halia dipotong memanjang
5 cawan air
Garam secukup rasa

Bahan B
1 biji tomato dibelah 4
3 biji cili api diketuk
Daun sadri-kalau suka
Kentang - optional
Carrot - optional

Bahan tumis
Minyak
Bawang merah
Bawang putih
Halia

Bahan tabur
Daun sup
Daun bawang

Cara:
1. Rebus bahan A dalam periuk pressure cooker sampai daging empuk.
2. Masukkan bahan B dan rebus sekejap
3. Tumis bahan tumis dan tuangkan dalam sup yang siap dimasak.
4. Semasa hidang, taburkan daun sup dan daun bawang di atas sup. Siap.


Sayur Campur Ummi

Bahan-bahan
Kacang buncis
Carrot dipotong memanjang
Cendawan
Cili merah dipotong serong
Bunga kubis
Garam
Air
Isi ayam dipotong nipis
Kiub ayam/sos tiram
1 sk tepung jagung dibancuh dgn 1/2 cawan air

Bahan tumis
Minyak
Bawang merah & bawang putih

Cara:
1. Tumis bawang putih & merah.
2. Masukkan sedikit air. Masukkan 1/4 kiub ayam.
3. Masukkan ayam. Goreng sekejap.
4. Masukkan bunga kubis & carrot.
5. Masukkan kacang buncis, cili merah & cendawan.
6. Masukkan garam.Goreng sekejap.
7. Masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau sekejap. Siap.

No comments: