Siang tadi, Ummi dan Abah bawa Ariff jumpa pakar psl eczema dia. Sekarang sudah merebak ke badan le pula dalam seminggu ni.
Lepas jumpa pakar, dia suruh continue guna physiogel. Ummi perasan 2-3 hari ni Ummi sapu ezerra kat muka Ariff, eczema dia makin berkurangan. Badan dia Ummi lumur physiogel. Kekadang dengan bedak j&j tpi guna bedak nampak perubahan sikit.
Pakar tadi suggest sapu pysiogel, then sapu lotion j&j. Dia suruh test setiap lotion j&j and cari yg mana sesuai dengan Ariff. Jenuh la mcm ni, nasib baik la Ummi ada stok j&j yg Ummi beli masa preg dlu, masa Ummi pregnant 30 weeks sbb Ummi alami kegatalan tahap melampau! Sampai melecet dan berparut kulit kaki Ummi dek kena garu.
Kali ni Ariff dapat 5 jenis ubat
1. Shampoo utk cradle cap dia yg makin teruk di tgh-tgh kepala
2. Sabun mandian
3. Krim utk muka
4. Krim utk badan
5. Ubat gatal.
Pakar tu ckp, eczema ni mungkin akan hilang dia dia umur 1-2 tahun or maybe seumur hidup tak hilang-hilang! Harap-harap eczema Ariff akan hilang terus selepas ini. Amin.
Tadi, sejarah berulang kali kedua-Adam hilang lagi tadi. Gabra bewok lagi Ummi tadi. Sabar je la. Tadi Ummi mmg tak kunci and buka sikit sliding door, mmg dia ambil kesempatan betul la. Kali ni dia pegi dengan basikal dia pula. Sabar je la.
No comments:
Post a Comment