Friday, June 17, 2011

Biskut Mazola Pra-Raya

Projek petang tadi - biskut mazola. Dah lama Abah request biskut ni tapi Ummi belum ada momentum nak buat sbb byk proses yg perlu dilakukan. Ayat sedih daripada Abah "buat la biskut mazola, Abah nak kena raya sorang2 thn ni". Som terpaksa la Ummi tunaikan request Abah tu. Ummi goreng kacang tanah since last week, tapi baru hari ni Ummi ada hati nak buat. Actually Ummi beli 2 pek kacang tanah di Giant. Berat dalam 600gm. Tapi hari ni bila nak buat, dah jadi 358gm. Adam la yg duk makan kacang tanah ni senyap2.

Baru lepas dibakar

Dah disusun di dalam balang.

Resepi Biskut Mazola
350gm kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dikisar kasar)
350gm tepung gandum
175gm gula yg telah dikisar
Minyak mazola secukupnya
1 biji kuning telur
Belahan kacang tanah secukupnya utk diletakkan di atas biskut

Cara:
1) Masukkan kacang tanah, tepung gandum dan gula ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2) Masukkan minyak sedikit demi sedikit ke dalam campuran bahan-bahan tadi sehingga adunan boleh dikepal.
3) Bentuk bulat-bulat sebesar guli atau boleh diterap dgn acuan.
4) Susun di atas dulang pembakar pada jarak 2cm. Letak sebelah biji kacah tanah di atas biskut. Sapu dengan kuning telur.
3) Bakar selama 15 minit pd suhu 170 celcius. Siap.

Nota: Kacang tanah mesti sama banyak/berat dengan tepung gandum dan gula perlu separuh daripada berat kacang tanah/tepung gandum.

No comments: