Monday, June 27, 2011

Kek Lapis Pertamaku! - Kek Lapis Horlicks

Hasil tangan Ummi siang tadi

Akhirnya berjaya juga Ummi buat kek lapis hari ni. Asyik tertangguh je. Ummi ambil resepi dari blog bro rozzan.blogspot.com tapi alter sikit. Nak guna resepi yg Ummi belajar kat kelas memasak tu mcm tak confident je sbb guna 24 biji telur! Abah beli telur 30 biji size B. Dia dah sound sbb tak guna-guna lagi telur tu. So, pagi tadi untuk pertama kali Ummi cuba buat kek lapis. Hehe. Mula-mula igt nak buat kek pua kumbo tapi bila dah siap melapis part dalam kek yg berwarna-warni tu baru Ummi tgk rupanya isi kek dalam tak cukup tinggi pula. So, kensel la kek lapis pua kumbo, jadi kek lapis biasa je. Punya la Ummi duk simpan elok-elok kek tu, tapi Adam pegi korek-korek la pula permukaan kek Ummi, dia cakap nak makan. Pada hal Ummi dah bagi makan dah bahagian dalam kek yg tak cukup tinggi tu. Sabar je la dengan budak sorang ni.
Sekarang baru Ummi boleh accept yg harga kek lapis yg mahal. Penat! Ummi start pukul 10apagi utk buat kek ni, siap pukul 3.30petang + Ariff nangis nak susu. Penat gilos!

Resepi yg Ummi guna- Kek Lapis Horlicks

10 biji telur
16 oz mentega
220gm gula castor
240gm tepung hong kong (water lily flour)
397gm susu pekat
200gm horlicks
1sb ovalette
1/2 sb baking powder

Cara-cara
1. Putar mentega dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul hingga sebati.
3. Masukkan susu pekat manis dan ovalette. Gaulkan.
4. Masukkan tepung hong kong, baking powder dan horlicks. Gaul rata.
5. Sudukan 5 sudu ke dalam acuan. Ratakan.
6. Bakar hingga masak sehingga adunan habis (lebih kurang 18 lapisan utk acuan 9 x9 inci)

Alamak! Abah order biskut mazola lagi la, bila la nak start buat. Goreng kacang tu yg malas byk tu!

No comments: