Tadi Ummi buat kulih lopis utk santapan petang. Malam tadi Abah balik dari kerja, dia tgk Adam lain macam je melompatnya. Abah Tanya Ummi Adam makan pulut durian letak gula ke. Hehe. Adam ni kalau makan gula memang gedik semacam je dia tu. Hari ni layan lopis lagi la, dengan air gula Melaka pula tu. Jenuh mengedik dia sekejap lagi.
Resepi Lopis Mudah Ummi
Bahan-bahan lopis
200gm pulut direndam dgn sedikit air kapur semalaman (3-4 jam pun dah memadai kot)
½ sudu teh garam
1 cawan air
sedikit pandan paste untak warna dan aroma
1 keping plastik bersih
Sedikit kelapa parut digaul dengan garam secukupnya
Bahan-bahan air gula
100gm gula Melaka
50gm gula pasir
100ml air
1 helai daun pandan dipintal (optional)
Cara masak lopis
1. Masukkan beras pulut, garam, air dan pandan paste ke dalam periuk. Masak macam masak nasi biasa. Ummi masak atas api je.
2. Bila dah siap masak pulut, sejukkan sekejap.
3. Tuang pulut yang telah siap dimasak dan masih suam-suam ke atas sekeping plastik. Gulung dan bentukkan mcm pocong. Padat-padatkan pulut tersebut. Ikat dgn getah di kedua-dua hujung. Boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk.
4. Potong lopis dan gaulkan dengan kelapa parut yg telah dicampur dgn garam.
Cara masak air gula Melaka
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Tapiskan air gula tersebut.Siap.
Tips:
Cara nak potong lopis ni kalau nak bentuknya bulat-bulat cantik, boleh guna benang untuk menggantikan pisau. Insyallah cantik bentuknya nnt.
Cara yg Ummi guna ni adalah cara yang mak Ummi guna waktu berniaga dulu-dulu. Masa Ummi kecil, Ummi pernah tgk mak Ummi buat cara yg tradisional sikit-Pulut dimasukkan ke dalam daun pisang, dibentuk bulat memanjang mcm pocong dan direbus di dalam air. Ummi rasa mcm lambat je cara tu tapi mungkin lopis tu berbau wangi hasil campuran daun pandan dan dan pisang.
Cerita pasal kuih-kuih ni, Ummi teringat la kisah 10-20 thn lepas. Mak Ummi berniaga bermacam-macam jenis kuih termasuk nasi lemak , bihun goreng dan laksa. Semuanya hasil tangan sendiri.
Selalunya pulut sekaya, kuih lopis dan sagu yang warna merah dibuat pada sebelah malamnya,. Keesokkan hari cuma perlu mesin kelapa parut je dan digaul dgn kuih lopis dan sagu. Dah dapat 3 jenis kuih.
Antara kuih yang mak jual, kalau buat kuih kacang hijau (org panggil kuih kasturi kot), ni pun dibuat pada sebelah mlm. Pagi cuma perlu celupkan dalam bancuhan tepung dan digoreng. Adunan kacang hijau tersebut boleh dibuat inti onde-onde. Yg ni mmg kerja Ummi. Rebus keledek, lenyek-lenyek dan diuli dgn sedikit tepung. Intinya guna kacang hijau tadi. Keledek untuk kulit onde-onde dibuat juga keria. So, dpt 3 jenis kuih.
Lagi satu, kelapa parut dimasak dengan air gula merah/Melaka, dijadikan inti tepung bungkus. Juga dijadikan inti pulut inti. Bila dah ada pulut, makan ada terjadi la pulut dakap yg ditengah-tengahnya ada pisang. Dapat 3 jenis kuih juga.
Pagi-pagi mak akan bangun seawal 4.30 – 5.00am utk buat donut. Adunan donut yg sama tu dibuat pau goreng. Inti sambal bilis diambil dari sambal utk nasi lemak. Dapat 2 jenis kuih.
Kerja untuk adik kedua tiap-tiap hari, bangun pukul 5.30am, uli tepung, canai tepung untuk dijadikan karipap. Satu hari dapat la lebih 50 biji karipap.
Untuk kuih yang kukus, mak buat lepat pisang, tepung bungkus dan pulut dakap, lompang dan apom beras yg guna eno.
Kekadang kalau sempat, mak buat cucur udang juga, Kuahnya kuah kacang tanah dibungkus dalam plastik kecil-kecil.
Imagine, lebih dari 15 jenis kuih semuanya. Semua ni dilakukan ketika adik-adik Ummi yang kesemuanya lelaki semasa mereka berada di sekolah menengah. Isk, bila teringat balik, mcm sedih je. Nostalgia betul la.
No comments:
Post a Comment