Monday, June 20, 2011

Cinnamon roll

Sudah lama teringin nak buat cinnamon roll ni. Dulu-dulu masa bujang, tiap-tiap kali balik kampung mesti beli cinnamon roll ni kat kedai area City Plaza tu. Sedap!
Hari ni Ummi masak bihun goreng je. So, ptg lapar la pula tapi malas nak masak nasi. So, Ummi belek la resepi-resepi yg Ummi dah print. Dapat idea! Cinnamon roll! So, inilah hasilnya.


Resepi ni Ummi ambil dr myresepi.com, tp Ummi tambah kismis dan tak buat toppingnye. Takut muak le pula dgn cheese ni.

Resepi
Bahan-bahan ( 10 biji )
= Bahan utk Roti =
300g tepung roti
50g butter
1 biji telur
50g gula halus
100ml fresh milk/air (suhu badan)
8g dry yeast
1 sudu kecil garam
-----------------------------------------------------
= Filling =
2-3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka )
60g gula perang
20g butter-suhu bilik
-----------------------------------------------------
= Icing =
50g cream cheese- suhu bilik
20g butter - suhu bilik
100g gula aising
secubit garam
beberapa titik vanila esen

Cara-cara
1.Cara buat roti: Gaulkan butter dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti
2.Kemudian masukkan gula dan dry yeast. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.
3.Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat ditangan atau sehingga licin.
4.Wrap dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.
5.Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambik 1 bahagian dan canaikan lebih kurang 20x25cm. Letakkan bahan-bahan filling.
6.Kemudian gulung. Bahagikan pula kepada 4 bahagian kecil( lebih kurang 4 cm panjang). Ulang untuk doh yang sebahagian lagi.
7.Lapikkan roti dengan muffin cup. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.
8.Sementara itu sediakan aisingnya. Masukkan semua bahan-bahan untuk aising ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk krim.
9.Bila roti dan masak( ketika masih panas), letaklah aising 1-1/2 sudu besar ke atas setiap roti. Jangan letak terlampau banyak aising. Aising yg banyak boleh menghilangkan kesedapan rasa roti.

Bila dah siap, Ummi offer Abah. Abah takmau la pula. Dia nak Mexican bun. Alahai suamiku ini, memang banyak songeh!

Tadi Adam excited duk tunggu roti ni siap hingga dia tertidur. Dia bgn makan pukul 12.17am. Dia cakap "Ummi..ni bukan roti la..ni ular gemuk". Haha. Lawak la Adam ni.

Tadi Ummi surf cari resepi Cinnamon roll, terjumpa la Cinnamon roll Mat Gebu. Lepas ni nak try resepi Cinnamon Roll Mat Gebu.

No comments: