Saturday, July 30, 2011

Short course: kelas menjahit kurung moden

Hari ni Ummi attend kelas menjahit kurung moden. Ok la, lebih kurang menjahit blous. Disebabkan sebelum ni Ummi penah attend kelas menjahit blous di 2 tpt - Alor Setar and Manjung, tapi takde satu pun yg Ummi berjaya completekan. Haha. Sebabnya kelas seminggu 2 kali. Kekadang meeting, blik kerja lambat, takdan nak catch up. So dalm short course hari ni, Ummi dpt belajar sehingga Ummi betul-betul faham. Cuma, agak frust la sikit, sbb kain yg diajarkan adalah kain senyum. 2-3 hari lepas Ummi baru je siapkan 2 helai kain senyum ni, yang ni hasil dr kelas yg Ummi belajar tahun lepas yang dipadankan dengan kurung pesak gantung.

Hari ni Ummi pulan siapkan baju kurung moden ni. Part baju dah selesai, part kain- mcm duk buat dah 2-3 hari lepas. So, esok kalau rajin Ummi pegi la kolej tu. Kalau Abah nak pi kerja, terpaksa la pendamkan saja niat nak sambung belajar utk esok.

Balik rumah, Ummi selongkar buku Ummi - Variasi Seni Jahitan by Rosita Jaafar. Ada rupanya pola kain duyung dalam buku tersebut, kain yg dicari-cari untuk dipadankan dengan kurung moden. So, selongkar almari le pula, ada 2 helai kain duyung, so dpt la Ummi jadikan sample nak buat r&d kain duyung. Pasni, nak kena pegi kamdar lagi la senyap-senyap utk cari kain untuk buat kain duyung. Hehe.

Friday, July 29, 2011

Hari yang memenatkan & sepasang kurung pesak gantung

Hari ni hari yg amat memenatkan bagi Ummi. Ni semua sbb roadtax keta belum renew la. 4 hari lps, beria Ummi nak pergi renew roadtax sbb Abah amat bz. Dia dah janji, tup-tup mlm tu dia tak blk. Dia blk Rabu 1++pm. Blk rumah terlelap sekejap. Pukul 4pm baru dia pegi nak renew insurance, so tak sempat la nak renew roadtax. Khamis, Ummi igtkan dapt la Ummi renew roadtax, tapi Abah tak blk2 gak. So, hari ni baru la dpt pergi renew roadtax.

Awal pagi hantar Adam ke tadika sbb pakcik van dtg lambat so takde saper nak tunggu Adam kat rumah-> hantar Abah ke stesen -> renew roadtax tapi kena tunggu pejabat pos buka pukul 8.30am dlu -> balik rumah masak utk lunch (menu sambal tumis bilis petai, ikan kerisi goreng and masak lemak pucuk ubai lagi! -> basuh & jemur baju-baju -> ambil Adam dari tadika sbb ari jumaat pakcik van akan hantar Adam lambat -> pegi Giant beli kad raya utk cikgu-cikgu tadika Adam -> Adam dine-in KFC -> pergi jahit tepi baju kurung and kekek pesak gantung tak tertinggal haritu -> ambil Abah kat stesen -> blk lunch -> jahit sarung torch light Abah yg dah terkoyak -> solat -> pergi servis persona sbb masa Ummi nak pergi ambil Abah tadi, rasa lain mcm je brek dia, so Abah terus buat major servis -> hantar Abah ke stesen -> on the way balik singgah kamdar, Ummi angkat 3 pasang kain utk baju Ummi, lom decide nak buat apa dengan kain-kain tu -> pergi billion sambar 3 pek huggies dry size M utk Ariff, masa kat billion, diaper Ariff bocor, abis baby sling & baju Ummi lencun kena air kencing Ariff -> singgah farmasi beli ubat cacing Adam -> blk mandi & solat -> pegi ambil Abah kat stesen , dah jemu pak guard nampak muka Ummi hari ni, 4 kali masuk stesen -> pegi ambil persona dr servis -> blk rumah dinner -> then siapkan kurung pesak gantung! Now, dah siap baju tersebut.

Esok awal pagi nak kena masak bihun goreng le pula. Abah request. Last week seblm pegi kelas jahit tudung, Ummi siapkan nasi goreng + ayam goreng kunyit. Bila blk rumah, nasi goreng tu tak disentuh pun. Hero-hero tu pergi brunch kat mcD. Hampeh, penat je rasa. Masa kelas jahit kemeja, Ummi tak masak tinggal, duk kalut call, lapar le padahal dah pergi breakfast kat McD! Esok Ummi ada kelas jahit kurung moden-kelas yg ditunggu-tunggu sebab raya thn ni nak berbaju kurung moden, hehe!


Esok Abah ada major overhaul utk this year. Memang dia bz ya amats la start esok. Tapi Ummi paksa Abah jaga hero-hero utk Ummi. Sbb esok first day class, sure la awal pagi nak concentrate buat pattern dlu. Petang Ummi kena jaga depa la sambil-sambil belajar menjahit. Uwaa.

Thursday, July 28, 2011

Cerita Ariff & Adam

Hari ni dgn rasminya Ummi isytiharkan kepala Ariff sudah tak berair, sudah kering elok je. Nak tau apa Ummi sapu kat kepala dia? Hari-hari Ummi sapu vaseline dgn penuh kasih sayang di kepala dia yg berair tu. Alhamdulillah, mujarab. Badan dia pun sudah hilang dah merah-merah dan kulit kasar-kasar. Ummi pun taktau tindakbalas apa yg menyebabkan kulit Ariff jadi lembab 2-3 hari ni. Maybe masa family day hari tu, dia berjemur di bawah cahaya matahari pagi. Sebelum-sebelum ni, mana pernah Ummi bawa Ariff kena panas cahaya matahari. Vitamin dari cahaya matahari telah diserap oleh kulit Ariff kot. Ni conclusion yg Ummi buat sebab dalm minggu ni kulit dia sungguh la lembab.

Kalau la keadaaan ni berpanjangan, syukur sesgt. Ariff akan jadi manusia normal tanpa bergantung pada ubat dah. Amin.

Hmm, Ummi baru perasan, Adam dah 4 thn 9 bln. Skrg Adam dah tahu mengeja dan membaca-hasil intensif belajar dengan Ummi time petang-petang sesambil Ummi layan facebook! Haha.

Tuesday, July 26, 2011

Cara buat tudung DIY

Tadi Ummi godek-godek mesin jahit tepi Ummi. Tensen dah le dgn mesin tu. Isk. Actually SIL#1 yg bg mesin jahit tepi tu. Then Ummi antar pegi kedai, sebab tak reti nak buat semua menda, manual takde, benang gedabak tu pun takde. Pas kedai tu godek-godek pasang semua menda, kena la bayar RM75. Bawa blk rumah, excited nak guna utk jahit tepi. Tup-tup saper punya keja ntah, benang no 1 terkeluar terus. Heeee. Ummi tak reti nak pasang balik le pula. Dah menjegil biji mata tgk kat lakaran cara pasang benang dah ditempek kat mesin jahit tu, tp still tak berjaya. :0(

Kalau tak, Ummi dah tak heran dah dgn mesin ni, sbb tak reti nak pasang benang. Tpi, hari ni semangat nak menjahit mai le pula. Khamis baru ni, Ummi pi hantar sepasang baju pesak gantung utk dijahit tepi, disebabkan lamaaaaa tak menjahit, Ummi buat 2 kekek je la, patutnya ada 4. So, segala urusan nak menjahit baju tak jadi la, kain dah selamat siap dah. Nak keluar pegi kedai utk jahit tepi, road tax keta mati le pula. Abah takdan lagi nak pi renew. Esok la gamaknya Ummi pi jahit tepi, tp pagi-pagi sure kena hantar Abah pegi keja. Kan dah menyusahkan hidup le plak.

Sesambil duk cari cara pasang benang tu, Ummi terjumpa la pula link cara nk buat tudung. Semalam dah try surf internet, dah jumpa baca link, so Ummi decide nak tempek kat blog ni utk reference nanti-nanti.

http://yuitsumuni.com/2010/10/13/cara-menjahit-tudung-beserta-pola-awning/

http://tudungcari.forumotion.com/t736-nak-wat-curly-hujung-tudung

http://www.youtube.com/watch?v=EwtF_yV-v_M&feature=related

http://ibumithali.com/sedekah/carajahittudung.pdf

http://tudungcari.forumotion.com/t5-jahitan-hujung-tudung

Monday, July 25, 2011

Cara-cara buat bakul kertas surat khabar

Ummi perasan lately tiap-tiap hari ada yg duk masuk blog Ummi sebab bakul surat khabar. Entry bakul kertas ni paling top sekarang. Maybe diorg duk cari mcm mana nak buat bakul guna surat khabar. So, hari ni Ummi dengan baik hati nak share la apa yg ada dlm simpanan Ummi utk rujukan org-org yg masuk blog Ummi ni tentang cara-cara buat bakul surat khabar. Ummi pun bukannya pandai pun. So, untuk rujukan bersama, Ummi tempek di sini. Harap dapat membantu sesiapa yg teringin nak buat bakul sendiri selepas ni.

Sila klik pada image utk larger picture.







dari buku Pelangi Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1.

Ummi dapat hadiah


Abah blk pukul 10mlm tdi bawa balik hadiah utk Ummi. Sebiji handphone Samsung Galaxy Mini GT-S5570. Hehe. Maybe Abah kasihan kat Ummi kot. Dah lama tak tukar handphone. Handphone yg Ummi duk guna skrg ni, Ummi beli thn 2008. Handphone sebelum tu rosak sbb Adam dengan penuh perasaan tuang susu dr botol susu dia ke atas keypad handphone tu, so terpaksa la beli yang baru. Ni Abah bagi handphone baru, Adam dah book handphone Ummi. Apa la Adam ni, dia dah ada 2 handphone actually. Satu Abah beli utk dia tgk wonderpets masa duk blk sekolah kat dlm kereta, satu lagi handphone lama Abah. Abah kata takmau bagi handphone mahal kat Ummi sebab Adam yg selalu duk guna main games.



Actually Ummi tak kisah sgt pun psl handphone canggih-canggih. Janji boleh call and sms dah le. Handphone Ummi boleh MMS and surf tapi Ummi tak penah guna utk MMS dan surf pun. Ummi ambil plan maxis yg sebulan RM50. Tapi tiap-tiap bulan guna tak pernah lebih dari RM30, kekadang guna belas RM je. Sebelum tu Ummi ambil plan RM75, mmg rugi sbb tak guna sgt utk call out. Kalau Abah duk outstation berbaloi la ambil plan tu. Ni dah Abah duk kat rumah je, takde la guna sgt.

Ummi tanya Abah mlm tadi, bagi handphone ni sempena apa? Abah kata sempena birthday Ummi! Haha, dah sebulan dah birthday Ummi. Anyway, TQ Abah! Last dapat hadiah dr Abah bulan puasa 2 thn lepas, dpt camera sony cybershot. Masa tu harga mahal RM1k+, skrg tak laku dah camera tu. Huhu.

Saturday, July 23, 2011

Masak Lemak Pucuk Ubi

Menu tengahari tadi - masak lemak pucuk ubi, ikan kerisi goreng, sayur sawi air favourite Adam dan sambal belacan. Malas masak maaaaaa!

Special hari ni - masak lemak pucuk ubi. Dahh lama nak makan masak lemak pucuk ubi! Suruh Abah beli pucuk ubi, dia tak beli-beli pun. Dulu masa duk kat Butterworth, Ummi tanam sendiri pokok ubi kayu semata-mata nak makan pucuk ubi je. Ubinya sampai jadi ubi kayu keras, sebab tak pernah korek pun. Pokoknye pun rendang je. Sakarang, rumah semua bersimen, nak tanam pokok ubi kayu pun tak boleh. Last 2 weeks, Ummi pergi pasar malam. Lama dah tak pergi sbb tugas membeli brg di pasar malam adalah tugas Abah. So, di pasar malam tu, Ummi jumpa la pucuk ubi. Ummi beli! Balik rumah, Ummi ikat elok-elok pucuk ubi tersebut di dalam plastik. So, hari ni dapat la menikmati masak lemak pucuk ubi!


Bahan-bahan:
1 ikat pucuk ubi dipotong halus dalam jarak 1cm

Bahan kisar
2 ulas bawang merah
5 biji cili api - size besar (ikut kepedasan)
Santan secukupnya
1.5cm kunyit hidup - boleh diganti dengan serbuk kunyit

Bilis dikisar kasar
Serai - optional
Garam secukupnya

Cara
1. Rebus pucuk ubi yang telah dipotong halus hingga lembut. Toskan.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk. Masukkan pucuk ubi yg ditos tadi. Masukkan bilis, serai dan garam secukupnya. Masak hingga mendidih. Siap.