Hari ni hari yg amat memenatkan bagi Ummi. Ni semua sbb roadtax keta belum renew la. 4 hari lps, beria Ummi nak pergi renew roadtax sbb Abah amat bz. Dia dah janji, tup-tup mlm tu dia tak blk. Dia blk Rabu 1++pm. Blk rumah terlelap sekejap. Pukul 4pm baru dia pegi nak renew insurance, so tak sempat la nak renew roadtax. Khamis, Ummi igtkan dapt la Ummi renew roadtax, tapi Abah tak blk2 gak. So, hari ni baru la dpt pergi renew roadtax.
Awal pagi hantar Adam ke tadika sbb pakcik van dtg lambat so takde saper nak tunggu Adam kat rumah-> hantar Abah ke stesen -> renew roadtax tapi kena tunggu pejabat pos buka pukul 8.30am dlu -> balik rumah masak utk lunch (menu sambal tumis bilis petai, ikan kerisi goreng and masak lemak pucuk ubai lagi! -> basuh & jemur baju-baju -> ambil Adam dari tadika sbb ari jumaat pakcik van akan hantar Adam lambat -> pegi Giant beli kad raya utk cikgu-cikgu tadika Adam -> Adam dine-in KFC -> pergi jahit tepi baju kurung and kekek pesak gantung tak tertinggal haritu -> ambil Abah kat stesen -> blk lunch -> jahit sarung torch light Abah yg dah terkoyak -> solat -> pergi servis persona sbb masa Ummi nak pergi ambil Abah tadi, rasa lain mcm je brek dia, so Abah terus buat major servis -> hantar Abah ke stesen -> on the way balik singgah kamdar, Ummi angkat 3 pasang kain utk baju Ummi, lom decide nak buat apa dengan kain-kain tu -> pergi billion sambar 3 pek huggies dry size M utk Ariff, masa kat billion, diaper Ariff bocor, abis baby sling & baju Ummi lencun kena air kencing Ariff -> singgah farmasi beli ubat cacing Adam -> blk mandi & solat -> pegi ambil Abah kat stesen , dah jemu pak guard nampak muka Ummi hari ni, 4 kali masuk stesen -> pegi ambil persona dr servis -> blk rumah dinner -> then siapkan kurung pesak gantung! Now, dah siap baju tersebut.
Esok awal pagi nak kena masak bihun goreng le pula. Abah request. Last week seblm pegi kelas jahit tudung, Ummi siapkan nasi goreng + ayam goreng kunyit. Bila blk rumah, nasi goreng tu tak disentuh pun. Hero-hero tu pergi brunch kat mcD. Hampeh, penat je rasa. Masa kelas jahit kemeja, Ummi tak masak tinggal, duk kalut call, lapar le padahal dah pergi breakfast kat McD! Esok Ummi ada kelas jahit kurung moden-kelas yg ditunggu-tunggu sebab raya thn ni nak berbaju kurung moden, hehe!
Esok Abah ada major overhaul utk this year. Memang dia bz ya amats la start esok. Tapi Ummi paksa Abah jaga hero-hero utk Ummi. Sbb esok first day class, sure la awal pagi nak concentrate buat pattern dlu. Petang Ummi kena jaga depa la sambil-sambil belajar menjahit. Uwaa.
No comments:
Post a Comment