Friday, July 1, 2011

Gulai Ikan Kering Nenas & Kangkung Goreng

Menu lunch tengahari tadi - gulai ikan kering dgn nenas tumis darat, sayur kangkung goreng (belacan) dan ikan kembung goreng kunyit, sambal kicap cili api - malas nak buat sambal belacan, so guna sambal kicap semalam punya. Hehe.


Resepi Gulai Ikan Kering dengan Nenas - tumis darat (2 orang makan)

Bahan-bahan
Bahan A
2 1/2 sudu besar rempah kasi ikan kering Adabi
2 biji bawang merah - dikisar
1/4 cawan air

250gm tulang ikan - Ummi guna tulang ikan merah
1/2 biji nenas madu
Santan cair secukupnya
Santan pekat secukupnya
Garam - jika perlu sahaja

Bahan tumis darat
Minyak untuk menumis
1 tangkai daun kari
2 ulas bawang merah -dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang

Cara-cara
1. Rendam tulang ikan dlm air untuk hilangkan masinnya dalam 30 - 1jam.
2. Campur semua bahan A. Masak atas api hingga rempah kering/masak.
3. Masukkan santan cair. Masukkan tulang ikan. Didihkan hingga isi ikan empuk.
4. Masukkan nenas. Masak hingga nenas layu.
5. Jika perlu, perasakan dengan garam
6. Tumis bahan tumis darat hingga kekuningan, dan tuang ke atas gulai yg telah siap tadi. Hidangkan.

Tadi lepas ambil Adam dari tadika, Ummi singgah kedai beli santan. Then pegi kedai jual sayur-sayuran untuk beli daun kesom dan selom, ternampak kangkung, terus Ummi ambil secekak - nak cepat sebab Ummi tinggal Adam & Ariff kat dalam kereta.


Resepi Sayur Kangkung Goreng (Belacan)
1 cekak kangkung - asingkan batang dan daun
1 sb ikan bilis - tumbuk/blend kasar
1 sk cili kering kisar
2 ulas bawang merah - kisar
1 ulas bawang putih -kisar
1 sb kicap
1/4 cawan air
Garam secukup rasa
Sedikit belacan - jika suka

Cara-cara
1. Tumis bawang merah, bawang putih, bilis dan cili kisar hingga garing.
2. Masukkan air, kicap dan garam. Kacau rata.
3. Masukkan batang kangkung. Goreng hingga layu dlm 1-2 minit.
4. Masukkan daun kangkung. Kacau sekejap. Siap.

Ummi tak berapa suka sgt belacan, so Ummi tak letak la, sbb nanti tangan bau belacan je, sakit kepala.

Seingat Ummi, resepi ni Ummi guna sejak dari darjah 5. Dulu-dulu kalau balik kampung, mesti Ummi kutip kangkung (Tok & Wan tanam & jual bermacam jenis sayur). So, ni my favourite la. Tapi dlu-dlu guna lesung batu je. Mula-mula tumbuk cili kering, then masukkan bawang merah dan putih. Akhir sekali masukkan ikan bilis. Tumbuk bilis tu jgn hancur, kasar-kasar je. Then semua bahan tumbuk tadi ditumis, then barulah dimasukkan kangkungnye. Tambah kicap & garam sikit. Sedap hingga menjilat jari! Hehe.

2 comments:

addinfarhani said...

sedap tgk kangkung tuu.. nak try wat coz xpernah wat gi... n nak guna resepi ummi yg tumbuk2 tu... hehe..

*xska belacan jgak, ti hatttcummm!!!

azkin said...

addinfarhani, sila sila..hehe :)