Saturday, July 30, 2011

Short course: kelas menjahit kurung moden

Hari ni Ummi attend kelas menjahit kurung moden. Ok la, lebih kurang menjahit blous. Disebabkan sebelum ni Ummi penah attend kelas menjahit blous di 2 tpt - Alor Setar and Manjung, tapi takde satu pun yg Ummi berjaya completekan. Haha. Sebabnya kelas seminggu 2 kali. Kekadang meeting, blik kerja lambat, takdan nak catch up. So dalm short course hari ni, Ummi dpt belajar sehingga Ummi betul-betul faham. Cuma, agak frust la sikit, sbb kain yg diajarkan adalah kain senyum. 2-3 hari lepas Ummi baru je siapkan 2 helai kain senyum ni, yang ni hasil dr kelas yg Ummi belajar tahun lepas yang dipadankan dengan kurung pesak gantung.

Hari ni Ummi pulan siapkan baju kurung moden ni. Part baju dah selesai, part kain- mcm duk buat dah 2-3 hari lepas. So, esok kalau rajin Ummi pegi la kolej tu. Kalau Abah nak pi kerja, terpaksa la pendamkan saja niat nak sambung belajar utk esok.

Balik rumah, Ummi selongkar buku Ummi - Variasi Seni Jahitan by Rosita Jaafar. Ada rupanya pola kain duyung dalam buku tersebut, kain yg dicari-cari untuk dipadankan dengan kurung moden. So, selongkar almari le pula, ada 2 helai kain duyung, so dpt la Ummi jadikan sample nak buat r&d kain duyung. Pasni, nak kena pegi kamdar lagi la senyap-senyap utk cari kain untuk buat kain duyung. Hehe.

3 comments:

watEverrr------ said...

Boleh bagi details tentang kelas jahitan kat alor setar?

azkin said...

watEverrr..maaf yer, sy tak berapa tau sgt kelas jahitan kat alor setar.
tp, boleh try kat Kemas Mergong ataupun Kolej Komuniti Bandar Darulaman (my bro penah buat short course kat sini)
harap membantu :)

Unknown said...

Kelas jahitan dekat manjung di mana ya?