Monday, July 25, 2011

Ummi dapat hadiah


Abah blk pukul 10mlm tdi bawa balik hadiah utk Ummi. Sebiji handphone Samsung Galaxy Mini GT-S5570. Hehe. Maybe Abah kasihan kat Ummi kot. Dah lama tak tukar handphone. Handphone yg Ummi duk guna skrg ni, Ummi beli thn 2008. Handphone sebelum tu rosak sbb Adam dengan penuh perasaan tuang susu dr botol susu dia ke atas keypad handphone tu, so terpaksa la beli yang baru. Ni Abah bagi handphone baru, Adam dah book handphone Ummi. Apa la Adam ni, dia dah ada 2 handphone actually. Satu Abah beli utk dia tgk wonderpets masa duk blk sekolah kat dlm kereta, satu lagi handphone lama Abah. Abah kata takmau bagi handphone mahal kat Ummi sebab Adam yg selalu duk guna main games.



Actually Ummi tak kisah sgt pun psl handphone canggih-canggih. Janji boleh call and sms dah le. Handphone Ummi boleh MMS and surf tapi Ummi tak penah guna utk MMS dan surf pun. Ummi ambil plan maxis yg sebulan RM50. Tapi tiap-tiap bulan guna tak pernah lebih dari RM30, kekadang guna belas RM je. Sebelum tu Ummi ambil plan RM75, mmg rugi sbb tak guna sgt utk call out. Kalau Abah duk outstation berbaloi la ambil plan tu. Ni dah Abah duk kat rumah je, takde la guna sgt.

Ummi tanya Abah mlm tadi, bagi handphone ni sempena apa? Abah kata sempena birthday Ummi! Haha, dah sebulan dah birthday Ummi. Anyway, TQ Abah! Last dapat hadiah dr Abah bulan puasa 2 thn lepas, dpt camera sony cybershot. Masa tu harga mahal RM1k+, skrg tak laku dah camera tu. Huhu.

No comments: