Saturday, July 2, 2011

Laksa..........akhirnya!

Kat FB kawan-kawan duk heboh pasal laksa. Ummi dah lama teringin. Kalau ikutkan mak, tak boleh makan laksa ni. Kena tunggu baby setahun baru boleh. Alahai. Teringin punya pasal, layan je la.

Menu hari ni - Laksa. Dah lama tak buat laksa. Last buat awal tahun lepas, tu pun sebab nak balas bekas makcik sebelah rumah ni. Hehe. Layan...


Bahan-bahan

1/2 pek laksa direndam semalaman.

Bahan rebus
4 ekor ikan sardin/selayang
2 cawan air
1 keping asam keping

Bahan kisar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering

4 tangkai daun kesom -ambil daun sahaja
1 batang bunga kantan dibelah 4
Garam secukup rasa
2 keping asam keping
3 - 4 cawan air

Bahan tabur atas laksa
Telur rebus dibelah 2 atau 4
Timun dipotong bulat-bulat kemudian memanjang
Bawang besar dipotong nipis
Cili api dipotong
Daun selom dipotong
Limau nipis

Cara buat kuah laksa
1. Rebus bahan rebus hingga ikan empuk.
2. Kisar bahan kisar. Masukkan dalam periuk.
3. Asingkan isi ikan dan tulangnya. Kisar isi dengan air rebusan ikan yang telah ditapis.
4. Kisar tulang dengan air. Tapis ambil airnya sahaja.
5. Isi ikan yang telah dikisarkan dimasukkan ke dalam periuk (bahan kisar tadi). Masukkan air tapisan tulang, daun kesom, bunga kantan, asam keping dan garam.
6. Masukkan belacan kalau suka.
7. Masak kuah hingga mendidih.

Cara menyediakan laksa.
1. Rabus laksa hingga masak. Toskan.
2. Masukkan laksa ke dalam pinggan.
3. Tabur bahan tabur di atas laksa tadi.
4. Ceduk kuah laksa. Siap.

Abah dah 3 weeks duk layan nasi dagang Pak Ya, isk. Tak layan pun laksa Ummi ni. Sabo je la.

No comments: