Saturday, July 16, 2011

Cheese tart

Hari ni Ummi buat cheese tart. Tu pun selepas 2 kali cream cheese yg Ummi beli-dah expired. Hehe. Pertgahan thn lps ada beli, tapi tak buat-buat pun. Akhir bulan 8 baru teringat cream cheese tu, bila check, dah expired. Bulan 4-5 baru ni beli lagi, mlm tadi check, expired juga. Haha, ada lagi satu yg blum expired. So, dpt la Ummi merealisasikan impian utk buat cheese tart. Hasilnye, agak Ok gak la utk beginner mcm Ummi ni.
Hasil cheese tart Ummi petang tadi-permukaan filling agak retak, lama bakar kot? Mmg disengajakan pun. Hehe.

Ummi ambil resepi kat internet tapi tak igt ambil dr mana. Ni ummi share resepi yang ummi guna tadi.

Untuk pastry
125gm butter - Ummi guna marjerin **
40 gm gula ising
220 gm tepung gandum
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila

Cara
1. Campur kesemua bahan untuk pastry ke dlm mangkuk. Uli hingga menjadi doh. Masukkan dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais selama 20-30 minit.
2. Canaikan doh tersebut. Terap dengan acuan bulat (Ummi guna mug Adam yg dibeli di Ikea, saiz nye mmg ngam-ngam dengan size acuan tart Ummi)
3. Tempek doh bulat tadi tu ke dalam acuan tart. Tekan sampai rata di atas permukaan acuan tart. Cucuk-cucukkan dengan garpu.
3. Bakar sehingga masak. Ikut resepi, suhu 175 celcius selama 8-10 minit. Tapi Ummi bakar lama dari masa yg diberikan.

Ikut resepi di atas, katanya dapat 12 keping tapi Ummi tak sure la acuan saiz berapa, tapi Ummi dapat 18 keping tadi.

Filling
125gm Philadelphia cream cheese
30gm gula castor
10gm butter
1/2 biji telur

Cara
1. Pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang. Masukkan telur dan pukul hingga rata. Masukkan dalam piping beg.
2. Pipekan cheese dalam pastry- Ummi guna sudu je :)
3 Kalau letak blueberry filing- sudukan 1/4 sudu kecil blueberry. Buat corak ikut suka
4. Bakar pada suhu 180 celcius dalam 5-10 minit - guna api bawah sahaja


Untuk filling, Ummi buat double sukatan, sbb kalau buat separuh ketul cream cheese tu, mana nak campak lagi separuh tu. So, lebihan dari filling tadi, Ummi terpaksa la jadi kreatif sekejap. Ummi terjumpa biskut marie lebihan yang Ummi buat kek batik last week. Ummi hancurkan biskut marie tersebut, kemudian gaulkan dengan marjerin. Pastu, hasil campuran tadi, Ummi tempekkan pada muffin paper, then letakkan cheese yg lebih tadi, so jadi la ala-ala cheese cake! Yummy!

Nota:
- **hasil yg Ummi surf, katanya add 1 sudu susu tepung dalam marjerin utk menambah kelemakan biskut. Ummi tak letak pun, sbb 2-3 hari ni Adam tukar selera minum susu perisa coklat le pulak.
- Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaanya dana menjadi retak. Ummi buat juga! Sbb tak kuasa Ummi nak makan cheese lembik-lembik. Haha.
- Untuk menjadikan permukaan atas tart lebih menarik, sapukan aprikot glaze [jelly apricot to glaze] supaya ia kelihatan berkilat. (Aprikot glaze + sedikit air dan panaskan di atas dalam periuk kecil di atas dapur hingga campuran tersebut cair)
- Kalau guna filling - blueberry - tapiskan filling tersebut supaya filling dapat keluar dengan lancar sekiranya menggunakan piping bag ketika menghias.

Adam tak layan cheese tart ni. So, nampaknya Ummi la yg kumpul kesemua lemak-lemak ni. Heeeee. Takpe, dah nak bulan puasa. Confirm nanti hilang 2-3 kg. Hehe.

No comments: