Thursday, January 17, 2013

Trip 2H1M ke Hatyai dan Songkla

Cerita ni agak basi gak la, cerita masa revison week Ummi (28 dan 29 disember baru ni). Orang bagi cuti suruh study tapi Ummi pergi merayap! Ummi dan keluarga besar Ummi (adik dan kakak) ke Hatyai. Sebenarnya Ummi plan nak ke Vietnam. Tapi tak sempat nak buat pasport Adam dan Ariff. Pasport Adam dah expired dan Ariff belum ada pasport lagi. Kalau buat pasport, dua-dua anak kena ada masa buat n masa nak collect pasport. Mmg tak sempat lah sebab pagi Isnin je Ummi ada kat Manjung time tu.

So, Ummi dan Abah decide nak join adik dan kakak Ummi ke Hatyai. Proses nak buat border pass takla lama sebab adik ipar Ummi kerja kat imigresen. Sebanyak 6 biji kereta berkonvoi ke sana. 3 biji kereta adalah kereta adik beradik Ummi dan 3 buah lagi kawan-kawan abang ipar Ummi. Adik Ummi jadi tourist guide kami. Bulan disember saja 3 kali dia ke sana, tu belum campur dengan bulan-bulan sebelum tu. So, dia agak expert la jalan-jalan di sana.

Day 1

Perjalanan ke sana, Ummi rasa Ummi travel dari Lumut ke TM tu lagi jauh dari travel ke Hatyai dari rumah mak Ummi di Alor Setar. Perkara pertama yang perlu ada, tentulah pasport atau border pas (untuk yang lahir atau bermastautin di 3 negeri- Perlis, Kedah dan Perak selama 3 tahun). Kos nak buat border pas cuma RM10 sahaja untuk 1 famili (suami isteri dan 3 orang anak). Untuk yang nak bawa kereta sendiri, perlulah beli insuran kereta, RM15 untuk 9 hari. Yang ni semua adik Ummi uruskan. Kami cuma bagi salinan geran kereta sahaja. Kami tukar duit di Sadao dan breakfast di sana juga.
Duit bekal untuk jalan-jalan - tukar di Sadao
Destinasi pertama yang kami pergi adalah Hatyai Ice Dome season 4. Nak masuk ke Ice Dome ni, kena bayar duit tiket 300 baht untuk dewasa dan 200 baht untuk kanak-kanak. Jaket termasuk di dalam pakej. Adam tak perlu bayar pun. Ummi taktau sebab apa sebab Adik Ummi yang beli tiket. Kami tersesat masa on the way ke Ice Dome tu. Maklum la, 6 deret kereta, so 2 biji kereta terlepas ke belakang la. Hehe. Agak menarik la kat dalam Ice Dome ni, banyak ukiran ais. Boleh mengulungsur atas ais lagi. Tapi sayang, tak lama dapat duk kat dalam tu, sebab bawa anak kecil, diorg tak tahan sejuk. Adam sampai nangis-nangis nak keluar sebab dia rasa sejuk sangatt
Adam menangis kesejukan
Then, lepas keluar, kami ke Songka Zoo. Zoo ni berbeza dengan zoo-zoo di Malaysia. Kita boleh bawa masuk kereta sendiri dengan bayaran 50 baht. Setiap seorang dewasa perlu bayar 100 baht dan kanak-kanak 50 baht. Konsep zoo di sini, pengunjung boleh beli makanan untuk binatang dengan harga 20 baht dan boleh bagi binatang makan. Selain tu, ada la gak show macam kat A farmosa n Zoo Taiping tu.
Suka Adam dpt bagi deer ni makan, satu bekas makanan tu - keledek dan pisang berharga 20 baht
Lepas penat pusing-pusing di zoo dengan kereta sendiri, kemi menuju ke pasar terapung Klong-Hae (Klong-Hae Floating Market). Di sini, kebanyakan makanannya 20 baht. Pasal halal haram tu, kena la pandai-pandai cari. Tapi Ummi rasa macam semuanya halal je. Yang menjual tu semuanya perempuan dan bertudung. Kami cuma beli air kelapa dan makanan seperti cucur udang, udang dan sotong panggang, tu je. Yang menarik kat sini, air minuman dijual di dalam bekas yang unik la, Ummi rasa. Kita boleh pilih ikut design bekas yang kita nak. Kalau design menarik tu, harga 25 baht untuk bekas dan air. Ada yang 20 baht dan ada 15 baht. Kalau dalam buluh cuma 10 baht sahaja.

Cucur Udang - banyak udang dari tepung, sekeping 10 baht, and dia jual 1 plastik 2 keping so 20 baht la. Ummi beli 6 keping sbb sedap sgt, hehe
Ikan goreng garing pilihan Abah, Ummi tak berapa suka la
Bekas air yang menarik - boleh kumpul buat koleksi, gambar belakang bekas air dalam buluh harga 10 baht
Bekas air pilihan Adam dan bff dia - doraemon
Adam dan bff Ikhwan di Pasar Terapung Klong Hae
Destinasi kami lepas penat-penat pusing kat pasar terapung ni adalah hotel la. Kami menginap di Golden Crown Plaza Hotel yang terletak di tengah-tengah pekan. Harga RM130 (sebab adik Ummi dahulukan duit dia, so kami bagi dalam RM je la). Hotel yang selesa. Malam, Adam dan Abah keluar berjalan-jalan, tapi Ummi hanya tidur di bilik. Rasa letih sangat. Nasi lemak yang Abah beli, esok pagi dah basi. Punya la lama Ummi tidur.

Bilik di Golden Crown Plaza
Day 2
Hari kedua, awal pagi Ummi cuma membaca buku sahaja di dalam bilik (insaf sekejap sebab nak final exam). Pukul 11 lepas check out, baru Ummi berlegar-legar di pasar berdekatan hotel. Breakfast di kedai muslim. Makan roti canai, roti canai telur dan roti telur. Kami duk kat restoren tu sampai habis semua makanan dia. So, dapatlah dia tutup restoren dia awal.

Pasar di bawah hotel
Roti telur cicah susu pekat manis, roti canai pun cicah dengan susu gak!

Destinasi hari kedua ni, kami ke Pantai Samila. Wahh, Abah kata ni tempat wajib yang dia nak pergi sebab nak bergambar dengan ikan duyung emas. Haha. Dapat gak Abah bergambar dengan si keras duyung tu sebab kalau nak bergambar kena queue (ramai benar peminatnya). Di pantai Samila ni, boleh la beli barang-barang kraf dan t-shirt.

Ummi dan Ariff di Pantai Samila dengan duyung emas yang seksi sebab tak berbaju! Tgh panas pun sanggup bergambar.
Next, kami ke Songkla Aquarium. Di sini, setiap seorang dewasa kena bayar 200 baht dan 150 baht untuk kanak-kanak. Di sini. ada show gangnam style. Orang menari dengan ikan dan penyu. Adam dan Ikhwan (sepupu Adam) punya lah excited masa tengok show ni. Lain-lain tu, tengok ikan je la. Ariff la yang over excited tengok ikan lalu atas kepala dia masa kat tunnel.

Dalam 4pm, kami bertolak ke Dannok untuk mencari daging bakar dan makan sebelum gerak masuk ke Malaysia. Kami ada masalah masa nak masuk semula ke Malaysia, kereta terlepas dulu sebelum pegawai kastam Siam tengok kereta. So terpaksa la Abah buat U-turn and masuk semula ke Siam, nasib baik lepas! Sbb dokumen kereta ada kat Ummi time tu. Lepas maghrib baru kami berjaya keluar dari Siam. Masuk semula ke Malaysia baru terasa selamat. Malaysia tetap di hati.

Sunday, January 13, 2013

Berakhir sudah semester 2..n kursus jahit jubah wanita

Alhamdulillah, semester kedua Ummi sudah berakhir pada jumaat lepas sebaik sahaja Ummi selesai final exam. Sekarang Ummi boleh tarik nafas lega. Sudah tak perlu berulang alik TM-Lumut lagi. Letih sungguh kalau duk ulang alik ni. Masa 1st day exam,  khamis last week, pukul 7.30am Ummi gerak dari Lumut, dan 7.30pm Ummi sampai semula ke Lumut. Memang Ummi ke TM semata-mata nak duduki final exam paper yang first.

Hidup agak tunggang langgang last week and a week before tu. Sebab kan Adam masuk darjah 1. Banyak benda nak kena settle kan. Minggu ni Abah terpaksa cuti dan ada hari kena ambil time off, sebab Adam balik dari sekolah tak seragam jadualnya. Ada yang balik pukul 1pm, ada yang 12.30 pm dan pada hari jumaat 12pm. Then 2.30pm nak kena ke kelas KAFA. So, sgt serabut nak fikir pasal exam dan pasal Adam ni. Ummi belum cari lagi taska transit dan van sekolah untuk ambil Adam dari sekolah dan hantar ke kelas KAFA. Apa-apa pun, alhamdulillah sbb Allah permudahkan segala urusan. Ummi terpaksa minta tolong dengan GB untuk tempatkan Adam di rumah ustazah dia sebelum ke kelas KAFA.

Semalam, pukul 8.30am, Ummi attend kelas jahitan jubah wanita. Masa tgh study rabu lepas, saja je Ummi jenguk satu fb ni. Tgk ada kelas jahitan jubah pada sabtu 12-13hb. So, lps diskas dgn Abah, sebab Abah standby minggu ni, Abah izin Ummi ke kelas tu. Dalam badan letih-letih tu (almaklum lah seminggu tidur x berapa nak cukup sbb study last minute utk final exam), bersemangat Ummi attend kursus tu semlm. Tapi hari ini utk 2nd day, Ummi tak pergi (sijil Ummi dah ambil awal-awal semlm lagi :) ).

Akhirnya, dapat juga Ummi hasilkan sehelai jubah untuk bonda tersayang. Sebenarnya dari bulan puasa hari tu lagi, mak Ummi bagi 2 pasang kain yang dia beli di Medan utk jadikan jubah dia. Disebabkan Ummi teramat busy dengan study (+penat duk ulang-alik ke TM-Lumut sebenarnya), tak dapat la Ummi nak jahitkan untuk dia. Lagipun, masa buat trial n error tu, agak tak confident nak potong kain walaupun pola dah siap hasil mengoogle. Tapi sekarang, Ummi amat berpuas hati la, walaupun pola yg Ummi belajar semalam tu adalah pola jubah yang basic sahaja. So, nanti boleh la Ummi try godek- godek utk buat jubah yang vogue pula sebab Ummi cuti sebulan dan dah tak terikat dengan study!

Tuesday, January 1, 2013

Happy New Year...2013

Gambar ehsan dari incik Google

Pejam celik pejam celik..hari ni sudah masuk 2013. Umur makin bertambah lagi setahun untuk tahun ni. Esok 2hb, Adam akan masuk darjah 1. Semlm Adam ada ujian penempatan untuk tentukan kelas. Dan lusa Ummi ada final exam untuk semester ni.
Apa-apa pun, Ummi ucapkan
Selamat Tahun Baru 2013!
 
 
p/s rasa bersalah kalau merepek lebih-lebih kat blog sebab Ummi belum start baca buku untuk exam lusa (soalan esei dan struktur pula tu).

Monday, December 24, 2012

Disember..

Lama Ummi tak jenguk blog ni. Bila tgk balik, takde entry bulan Nov pun. Busy ya amats dengan assignment. Tapi sekarang dah boleh tarik nafas lega sbb semua assignment dah submit dan presentation dah settle. Minggu ni Ummi cuti sempena revision week. Tapi, buku apa belum start baca.  Khamis depan Ummi start final exam, then kursus BIG. Lepas tu, horay. Boleh balik bermastautin kat Manjung.

Pertengahan bulan lepas, Ummi ada join kelas buat cheese tart and party tart. Curi-curi pergi kelas walaupun assignment banyak time tu. So, dapat la ilmu sikit mcm mana nak buat cheese tart. Seblum ni, Ummi penah try buat, tengok kat sini, tapi atas cheese tu tak cantik.

Di antara hasil yang Ummi dapat pada hari tersebut. Resepi, pun entah hilang di mana. Hehe. Yang penting, Ummi dah tahu teknik nak buat cheese tart. Nak lorek-lorek atas cheese tart. Tengok lah, macam-macam warna ada..:)






Monday, October 29, 2012

Adam's 6th birthday

Adam officially berumur 6 tahun pada 27 Oktober, sehari lepas Hari Raya Haji. Dah besar anak teruna sulong Ummi ni.

Ummi tak dapat nak celebrate birthday Adam pada 27hb tu sebab berulang-alik Alor Setar-Kangar-Alor Setar. Lagipun kalau buat kat Kangar- rumah Abah, takde saper. Jadi Ummi buat celebration birthday dia pada 28 Oktober di Alor Setar-di rumah mak Ummi. Excited sangat dia sbb dapat celebrate dgn bff dia aka cousin yang sebaya dengan dia.

Cadangnya Ummi nak beli kek boboiboy, tapi pukul 9am baru gerak dr Kangar ke Alor Setar dan nak kejar masa sbb kakak Ummi nak blk ke rumah dia, so main ambil je la kek apa yang ada kat kedai tu. Tu pun sharp 10am Ummi tunggu depan kedai, tunggu kedai kek buka. Dapatla sebiji kek ben10 pilihan Adam.

Untuk hadiah birthday Adam, Adam dpt pc tablet yg kedua. Yang pertama Abah bagi sempena Adam berjaya berpuasa 10 hari masa ramadan baru ni, tapi dah pecah skrin malam rabu lepas.

Happy 6th Birthday buat Adam, buah hati Ummi.
Semoga menjadi anak yang soleh di dunia & akhirat
Tiap kali dengar Adam baca surah yasin, terasa sejuk hati Ummi.


Thursday, October 18, 2012

Buku jahitan baru

Mlm ni Ummi rajin update blog. Sepatutnya mlm ni Ummi dah berada di Lumut, tapi lecturer buat kelas ganti le pula. Pagi dan petang esok pula tu. Ni ganti masa cuti hari Malaysia haritu dan semalam lecturer kensel kelas sbb dia ada meeting! Ummi dah bagitau Adam Ummi balik hari ni. Kasihan Adam duk tunggu Ummi yg tak balik-balik lagi ni.

Sabtu baru ni, lepas balik dr Bkt Tinggi, Ummi merayau ke Jln TAR. Nak cari buku teks untuk buat analisis, tapi dalam duk pilih buku tu, terpandang la sebuah buku yang selama ni Ummi duk cari-cari. MPH online pun takde stok dah buku ni. So, apa lagi, terus la Ummi ambil.
Tatacara Jahitan Gaun untuk si Manja
Oleh Tatiana Vidi 
Then Ummi tanya asssistant kat situ buku blaus author yg sama, trus je dia ambil dan bagi kat Ummi. And Ummi pun terus la pergi queue. Amat berpuas hati sebab dah lamaaaaaaa cari dan dah jumpa. Buku-buku ni Ummi beli di Pustaka Mukmin.

Tatacara Jahitan Blaus yang menawan
Tatiana Vidi

Masa ke rumah SIL, dia minta nak tgk buku apa yang Ummi beli. And dia pun terpikat dengan buku blaus ni. Sebab ada step by step macam mana nak buat blaus. Dia pun akan pergi beli nanti. Walaupun SIL Ummi tu Ketua Penolong Pengarah, dia tetap jahit baju sendiri dan utk anak-anak dia. Kiranya kitorg ni share hobi yang sama la.

Assignment Ummi bersepah-sepah belum siap. Tadi group Ummi kena buat presentation. 2 more to go Selasa nanti. Then kelas sampai Rabu, terus balik Lumut and balik kampung. Excited. Sbb dah banyak kali beraya haji di perantauan. Hik3.

Jalan-jalan ke Bukit Tinggi

Jumaat lepas, plan nak berjalan-jalan tgk tempat org jadi kenyataan setelah berkali-kali plan. Last week Abah tak standby, Adam dah habis final xm dan Ummi tak bz. Sebelum ke Bukit Tinggi tu, subuh Khamis, Ariff melalak sampai pucat. Sekali dgn Ummi melalak sbb taktau nak buat apa.
Seblm tu, tgh Ariff sedap-sedap tidur, dia termuntah membuak-buak, berkali-kali pula tu. Tgh malam, Ummi perasan badan Ariff semakin panas. Ummi bg dia makan ubat demam pukul 1.30am. Pukul 6pg dia melalak non-stop. Ummi call klinik pukul 6.15am, takde org angkat, whatsapp tanya kawan-kawan kat mana klinik 24 jam area TM ni, takde sapa yang tahu. So, Ummi buat decision untuk cari klinik di pekan TM. Malangnya takde satu pun yg buka. Masa kat pekan TM, housemate call bagitau klinik kesihatan TM buka 24jam (dia tanya lecturer sebelah rumah ni). So Ummi terus la ke sana dan terus ke Emergency. So, Ariff kena juluk ubat ke punggung la sbb panas sgt.

So, masa ke Bukit Tinggi tu, Ariff asyik merengek je la. Badan tak sihat, muntah dan cirit pula tu. Kat sana, kitorg stay kat Colmar Tropicale. Kali ni, baru betul-betul dikira "bercuti" walaupun Ariff takde mood.

Tempat pertama yang dituju sebelum check in adalah Japanese Village. Masa sampai tu hujan. Tapi kami naik juga, masing2 bawa payung. Masa nak naik, semput gak la.

Japanese Village
Japanese Village

Habis merayap, baru check in kat Colmar. Banyak juga la aktiviti yang boleh dibuat di sini. Adam macam biasa la, layan game dan swimming pool. Waktu mlm, 2 kali kitorg turun layan show free kat bawah, siap ada pertunjukan magic, tu yg Adam suka, siap bergambar lagi.
 
Merengek je budak ni sbb muntah dan demam. Apa pun taknak makan, minum jus saja. Anak tekak bengkak
 
 The next day, tgh syok duk breakfast, datang geng-geng berkuda. Geng-geng berkuda tu lalu betul-betul sebelah meja kitorg.  Ayat Abah masa tu "Mcm Mahathir"..Ummi masa tu tgh duk teropong kamera, then Ummi pun cakap la " Mmg Mahathir pun"..keliling bodyguard dia masa tu.

Tun Mahathir senyum kat Ummi masa Ummi snap pic ni
Ni lps Abah lambai kat dia, and dia balas lambaian Abah!

Agenda tak boleh ditinggalkan..mandi kolam!
Adam..yg over excited!
Tempat Adam pilih untuk bergambar, krismas tree, belakang tu crew2 8TV kalau tak silap Ummi..tgh prepare nk buat shooting


 
Satu malam je kat sini. The next day tu, hujan lebat ya amats. Nasib baik hari seblm tu dah berjalan2 dah walaupun banyak tempat yang tak pergi, spt animal farm, sebab hujan. So, kitorg menghala ke Bukit Persekutuan le pula, rumah SIL untuk bermalam di sana.