Hari ni dah 10 Muharram 1433H atau pun dipanggil Hari Asyura. Ni Ummi tempek hasil google dari wikipedia.
"Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).
Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Kononnya, selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh.
Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).[2]"
Selalunya orang masak bubur asyura pada hari Asyura. Isk, tetiba teringin nak makan bubur asyura le pula. Kalau duk dengan mak, boleh gak merengek nak makan bubur asyura ni. Nak buat sendiri, macam takkan menjadi impian je. Bahan-bahan pun tak complete. Yang ada cuma kacang hijau, gula pasir, gula merah, sagu, santan dan pisang emas Adam. Banyak bahan yang diperlukan untuk buat bubur asyura, tapi kuantitinya takde la banyak sangat. Ini kalau nak buat makan sendiri la, lain la kalau nak masak sekawah! Setahu Ummi la, resepi yang mak Ummi guna, bahan-bahan yang digunakan untuk buat bubur asyura selain yang Ummi list kat atas tu- tepung beras, ubi keledek, jagung, kacang kuda dan kacang tanah goreng tanpa minyak.
Seingat Ummi le, pernah sekali je Ummi buat bubur asyura ni. Tapi tak ingat bila, samada zaman study kat US dulu-dulu or zaman bujang. Time nak buat tu pun siap calling-calling tanya mak. Hehe.
Dulu masa study kat MRSM, hampir separuh cikgu/ustaz/ustazah/students adalah dari pantai timur. Jadi, masa buat bubur asyura sure akan ada 2 versi, iaitu yang jenis berempah ( dr pantai timur) dan yang manis ( dari utara). Kalau Ummi tak masuk MRSM, confirm Ummi tatau wujud jenis-jenis bubur asyura ni. Tapi bila dah makan kedua-dua jenis bubur ni, yang manis tetap menjadi pujaan di hati. Maklum le orang utara! ;o)
So, moh kita berpuasa sempena hari Asyura ni, sambil-sambil ganti puasa Ramadhan. Hehe.
No comments:
Post a Comment