Hari ni genap umur Ariff 10 bulan. Masa 1hb baru ni Ummi bawa dia ke klinik. Berat dia bertambah 300 gram je dalam 2 bulan ni. Mungin sebab dia dah aktif kot. Tidur pun dah kurang. Merayap jadi mat tiarap je ke merata-rata tempat kecuali masuk toilet je yang belum.
Progress Ariff masa 1 disember baru ni:
Berat: 8.3kg
Lilitan kepala: 47cm
Panjang: 70 cm
Masa Abah ke Germany baru ni, Ariff demam. So, hasil dari demam tersebut, keluarlah 2 batang gigi di bahagian gusi bawah, Ariff boleh bangun duduk sendiri walaupun ada kalanya tercium gak kepala dia ke lantai, dan yang penting dia dah boleh merangkak. Compare dengan Adam dulu, bila Adam dah bertatih, Ummi ingatkan dia dah skip part merangkak, tup-tup dia patah balik merangkak, then baru boleh berjalan pada usia 13 bulan.
Hari ni ada cerita sedih. 2 hari lepas Abah bagitau meeting dia postpone ke Isnin ni. Pagi tadi Abah sms, ajak ke KL Ahad ni, dia ada meeting. Ummi punya la excited bagai, call Swiss Garden nak book hotel (malangnya hotel dah full untuk members), so Ummi siap suggest Abah untuk pergi KL Isnin lepas subuh, and balik petang tu gak. Sebab Selasa Abah kerja macam biasa. Punya nak buang lumut-lumut ni. Bila Abah dah kata OK, tup-tup dia sms bagitau meeting tu kat Manjung! Aiyak, rosak plan. Makin berlumut la Ummi kat sini. :o(
No comments:
Post a Comment