Friday, August 12, 2011

Baju melayu Adam..utk tadika

Dalam 2-3 hari ni masa Ummi dihabiskan dengan menjahit sahaja. Baru je siapkan sehelai baju melayu cekak musang utk baju tadika Adam. First time Ummi buat leher cekak musang. Sebelum ni 2 kali Ummi ada buat baju melayu teluk belanga untuk Adam. Remeh kat buat cekak musang tu plus poket. Lepas jahit semua, baru Ummi surf cari mcm mana nak buat leher cekak musang utk baju melayu. So terjumpa la 3 link.

Blogrimbun
Blog Sulam Menyulam
Blog Qmiecreative

Lepas dah siap combine part badan dan pesak, baru perasan poket kanan senget. Hentam je la. Malas dah nak tetas balik. Hehe. So, cara buat poket dari link di atas tu akan dipraktikkan utk baju raya Adam. Ariff nye baju nanti buat teluk belanga je la.


Ummi terpaksa buat baju melayu ni utk Adam sebab baju tadika dia yang lain2 dah terkoyak kat leher. Ni sebab kepala besar la ni. Dulu masa duk mengajar, Ummi kasihan tgk budak-budak yang pakai baju terkoyak. Sekarang anak Ummi pula yang pakai baju terkoyak. Hehe.

Ummi sekarang tgh duk jahit manik. Surf jumpa latest style manik 3D tapi Ummi interested dengan manik crumble. Malangnya tak reti le pula. So Ummi buat manik yg bodo-bodo je la. Belek buat Seni Jahitan Ummi, ada le pula cara jahit manik tp style 2004 punya la.


3 comments:

ieza azwa said...

cntik la kzue..cm berpengalaman je...

azkin said...

baju yg adam pakai ni tak berapa jadi la azwa, kolar 'terbesaq' sikit, dgn poket senget, hehe, tp budak, apa la yg dia tau, asalkan baju baru, dia pakai je, hehe

qmie said...

Terima kasih coz guna blog saya sebagai rujukan puan.Harap dapat memanfaatnya dengan sebaiknya.