Friday, August 19, 2011

Projek baju raya bermula

Projek baju raya utk 4 beranak bermula hari ni. Mula-mula Ummi nak buat baju melayu cekak musang ikut je nota MYGFL. Bila tgk-tgk balik mcm tak cun je. Sebab takde tulang atas bahu tu. Mcm tak terletak je. So, Ummi minta la bantuan cikgu yg pernah ajar buat kemeja hari tu. Alhamdulillah, dia ajarkan tanpa sebarang bayaran. Syukur. Bab seluar, nota pun dari dia juga. So, harap-harap weekend ni dpt la siap baju-baju melayu hero-hero Ummi.

Abah dah sound dah, baju raya belum buat, kuih raya belum buat. Hehe. Yang melambatkan adalah baju melayu Abah le, perlu r&d sikit. Almaklum la si bapak yg akan pakai. Haha.

Hari ni berbuka puasa di Orient Star pula. Satu stesen dijemput utk membawa keluarga masing-masing. Semlm berbuka puasa di Swiss Garden Damai Laut. Giler je rasanya, dikelilingi dengan nyamuk. Maklum la hotel dlm hutan. Hari ni kena check in kat Damai Laut lagi, tp disebabkan ada majlis berbuka puasa di Orient Star, taktau la jadi ke tidak nak p check in kat sana. Sbb kalau pergi pun dah tentu la mlm lepas berbuka. Pastu esok tghari nak kena check out la pula. Tgk la mcm mana keadaannya.

Waaa..blog Ummi dah stats 1012, saper la silent readers tu? Ke depa masuk sbb depa search kat google, then google refer sini?

No comments: