2 hari lepas, Ummi call SGIVC utk confirmkan ada baki berapa mlm yg belum digunakan. Rupanya ada 7 mlm utk 2009, maknanya kitorg tak guna pun utk thn 2009, 20hb dah nak expired!
Sahur pagi semlam, Abah baru sedar yg Perak cuti masa nuzul quran, so dia suruh Ummi book hotel untuk check-in ptg semlm juga. Alhamdulillah, Ummi dpt book 2 mlm, pada 16hb dan 19hb. So semlm lepas Abah balik kerja, terus kitorg ke Damai Laut. Cadang nak berbuka kat sana, tapi Abah call kata Khamis ni akan berbuka kat situ sesama officemate dia. So, kitorg tapau makanan dari bazar ramadhan je la.
Esok kitorg akan berbuka kat sana and lusa kitorg akan pergi bermalam kat sana lagi. Baki ada lagi 5 malam, so dah bagi kat sepupu Abah 2 mlm kat Swiss Garden Kuantan, rasanya balance 3 mlm takkan digunakan kot. Rugi je.
Memula Ummi terfikir nak sambung je stay kat Damai Laut tapi bila terfikirkan projek baju raya belum siap, cancel la plan, baik duk rumah sendiri.
No comments:
Post a Comment