apa pun belum siap! Baju Adam dan Ariff je yg dah settle. Baju Abah masih terbengkalai kat part kolar. Baju Ummi? baru sudah potong. Esok baru nak hantar jahit tepi. Kain tudung raya belum beli, berkenan yg kat Jakel punya, tapi ntah sempat beli ntah tidak. So, esok terpaksa la beli yg Kamdar punya, nasib baik kaler sama, tp kain jersi ler pula! Ummi nak lycra.
Tadi berbuka puasa di Marina Cove Resort. Ok la juga! Sbb Ummi dpt pilih makanan sendiri, hehe. Makan pun takde la byk, pasta dan laksa je + air 2 gelas sudah kenyang. Time makan, teringat masa zaman bujang dlu, berbuka dgn x-ofcmate, mmg makan sungguh-sungguh la. Kena lak time tu semua tak puasa, so tak bangun2 duk ngadap makanan. Haha.
Lepas berbuka, terus pegi kedai beli bahan nak buat biskut. Iyer-iyer je, ntah jadi ntah tidak. Banyak menda yg belum settle. Pas beli bahan biskut, terus shop-shop kat Billion, satu-satu nye tpt shopping kat sini. Jusco november 2012 baru nak siap, baru nak tebas ladang kelapa sawit. Jangan jadi mcm dlu-dlu dah le. Masa pindah ke Butterworth, yg ada cuma Carrefour Seberang Jaya. Then naik la Sunway Carnival, Giant, Tesco Extra, Queensbay dan AEON Perda. Tup-tup kena pindah ke sini yg ada cuma Billion dan Giant je. Awal tahun hari tu baru buka Tesco, pasni Jusco le pula! Baru nak membangun Manjung ni.
Tadi pegi Billion sebab Ummi nak shop-shop kasut raya. Haha, mengalahkan budak-budak je. Tahun lepas tak beli pun kasut raya, tahun sebelum tu je ada beli, time tu beli kat Sunway Carnival. Pas Abah dah settle part kasut dia, Ummi ajak la Abah tgk kasut yg Ummi berkenan. Masa sampai kat tempat kasut yg Ummi berkenan tu, baru perasan Adam tercicir. Puas Abah cari level 2 & 3 (sini ada banyak mainan), pun tak jumpa! Tetiba dengar ada announcement 'Kepada pelanggan yg dihormati sekalian, di sini ada seorang budak lelaki berbangsa melayu...' Berdebar je duk concentrate dengar announcement tu, tapi time sebut nama budak tu, bukan Adam! So, operasi membeli kasut Ummi tergendala! Then Ummi gtau Abah, Ummi pergi cari kat level bawah pula. Masa turun tangga, Ummi perasan sorang budak atas tangga sambil duk pegang kasut! 'Sah anak aku! Syukur!' So, apalagi, continue hajat nak pegi beli kasut raya Ummi. Masa sampai, ada pakcik tgh duk pegang kasut tu, duk suh anak dia beli kasut tersebut! Ummi terdiam la sekejap, sambil dok perati, Ummi berdoa 'janganlah anak pakcik ni berkenan! Ummi nak!' Then Ummi nampak anak pakcik tu letak kasut tu bukan di tempat asal bapak dia ambil, so apalagi, Ummi pun sambar la kasut tu! Lawak pun ada. Sure pas dia toleh tgk kasut tu dah tak ada, sbb Ummi di side yg berbeza dengan dia, tangan je yg bergerak capai kasut tersebut! Hehe. Pastu Ummi bagi kat Abah n Abah pun berkenan! Terus Abah bagi kasut tersbut kat salesgirl tu. Laa, ada lagi ke size tu? Haha. So, raya kali ni berkasut baru. Lama nya tak beli kasut!
No comments:
Post a Comment