Ahad baru ni Ummi ajak Abah ke Kamdar, cari kain utk baju raya. Adam nak tema purple. Raya puasa last year tema light purple, so this year purple gelap sikit. So misi pertama kena la cari kain utk baju Ummi dlu, then baru cari kain utk baju melayu hero-hero tu. Misi berjaya la jumpa kain kaler purple yg Ummi berkenan. Then cari kain utk baju melayu hero-hero, malangnya bila duk matchkan dengan kulit Abah, mcm pelik la pulak. Haha, semacam je kaler dia. So, tukar tema. Adam kata blue! So, kali ni tukar misi le pula. Cari kain baju melayu utk hero-hero dulu. Akhirnya jumpa le blue yg sesuai dgn kaler kulit Abah. Pastu, baru misi cari kain utk Ummi. Akhirnya jumpa and misi selesai.
Masa suruh salesgirl tu potong kain, minta 10 meter. Then salesgirl tu ukur kain ada 11 meter. So, dia offer la, kalau beli 10.5 meter, dia bagi semua 11m tersebut. So, ambil je la. Kiranya kali ni beli kain sekayu untuk 4 beranak. Then dpt le pula kain chiffon, so lining dengan kain baju melayu le Ummi, jenuh panas. Hehe.
Abah dah cuak, duk tanya boleh ke Ummi buat baju melayu utk dia. Haha. Dia kata, kalau tak jadi baju, kain kat kamdar utk corak tu dah takde! Dah habis. Hehe. So, Ummi pula yg jadi gabra. Bole ke tidak ni? Ada lagi 2 weeks before raya. Sekarang masa duk surf cari camne la nak buat baju melayu cekak musang ni. Kalau haritu berjaya buat baju utk Adam, tpi kali ni paknya yang nak pakai. Anak nye pakai baju herot pun dia peduli apa.
Duk cari tu, jumpa la cara nak buat leher cekak musang.Hari tu, hentam kromo je, guna nota kelas thn lepas, copy dari kawan sekelas, hehe.
Abah cakap, beriya je nak buat baju raya, ntah dapat balik beraya ntah idak. Adoii. Sabar je la. Tapi takpe la, janji Ummi try buat dulu baju melayu ni. Harap-harap, siap le baju melayu Abah ni. :o)
No comments:
Post a Comment