Dalam kursus ni, Ummi diajar untuk membuat 2 jenis cupcakes iaitu choc moist cupcakes dan carrot cupcakes. Ummi juga diajar buat 2 jenis frosting- buttercream dan cream cheese. Part yg paling best adalah time nak deco cupcakes la. Untuk deco, Ummi juga diajar untuk guna fondant. Ummi cuma buat bunga yg simple guna acuan je. Teruja le pula nak cari set nozzle byk pasni. Ummi ada 6 yg basic je. Lepas ni boleh la apply deco sikit-sikit.
Ni hasil untuk hari ni:
Choc moist cupcakes with buttercream topping yg Ummi deco sendiri. Kira bole la untuk budak yg baru belajar.
Ummi rasa amat lega hari ni sebab dapat attend kursus dengan sepenuh jiwa tanpa gangguan anak-anak. Pagi tadi masa Ummi tgh siap beg susu Ariff, Ummi terpandang beg laptop Abah depan pintu. Pelik gak, sebab tak nampak Abah, padahal malam tadi sebelum Abah pegi kerja, dia tertinggal wallet, and Ummi yg pergi hulur kat gate, then masa masuk semula ke dalam rumah, takde lak Ummi nampak beg depan pintu. Cari punya cari, nampak Abah tidur atas sofa kat dinding, tu pasal tak perasan. So, apalagi, excited la sbb takyah angkut hero-hero ke kelas tadi. Dapat la belajar dengan tenang hari ni. Thank you Abah! Balik dari kursus baru Ummi tanya Abah, rupanya dia balik pukul 7am++, ngantuk sangat, tak sempat nak naik tidur kat bilik.
Lepas ni Ummi kena concentrate siapkan baju melayu raya haji untuk Adam pula. Adam kata tadi 'Takyah la Ummi susah-susah buat baju Adam, Adam boleh pakai baju lama.' Bila Ummi cakap 'Ummi, Abah dan adik Ariff pakai baju kaler coklat raya nanti, abg Adam je baju kaler lain, OK ke?. Terus dia ckp. 'Ummi buat la baju Adam, Adam takmau la pakai baju kaler lain, nak macam Ummi, Abah dan adik Ariff gak!'. Hehe. Hmm, Abah kata tadi tak blk raya haji ni. :o( Nampaknya 3 kali raya haji berturut-turut beraya di perantauan! Duk amerika bole la terima lagi, ni 3-4 jam je kalau nak balik kampung! Alahai, sob sob.