Hmm, dah 1800 visitors dah jenguk blog Ummi ni. TQ! Tetiba terasa nak update blog. Cerita mengenai kelas yg Ummi akan attend weekend ni. Last week lepas Ummi dapat sms suruh jelaskan yuran kursus menjahit kebaya moden, keesokkan harinya, Ummi terus pergi bayar. So, excited la juga, sebab dah lama tak attend kelas menjahit. Awal bulan baru ni Ummi agak frust la sikit sebab kursus kebaya tradisional yg Ummi register hari tu dibatalkan sebab kurang mendapat permintaan.
Tetiba isnin baru ni, Ummi dapat sms untuk attend kursus solekan weekend ni gak. Huhu. Yang ni pun excited nak join gak. Dah register kat 2 tempat, tapi belum dipanggil lagi. Tetiba je, hati berbelah bahagi, kursus jahitan dah bayar, kursus solekan pula Ummi teringin. Hura-hara sekejap. Lepas fikir berkali-kali, Ummi decide nak join kursus solekan dan kelas jahitan tu Ummi boleh belajar sendiri. So, Ummi kontek la cikgu yang ajar kemeja baru ni, sebab Ummi tak dapat join kelas kebaya tu. And dia bagi green light. Isnin ni Ummi kena pergi ambil nota & kain. Lain-lain Ummi godek la sendiri kat rumah. Janji dapat join kursus solekan. Pasal solek-menyolek ni, Abah pun excited gak. Maybe Ummi serabai kot, tu pasal dia teringin nak tengok Ummi bersolek. Haha. Selama ni Ummi tenyeh lipstik dan tempek bedak je. Pernah la Ummi beli eye shadow, segala macam berus set bersolek dan blusher. Tapi belum pernah Ummi guna semua tu, dah dicuri awal tahun lepas masa pencuri pecah rumah. Benda-benda mcm tu pun pencuri teringin. May be sebab still dalam kotak kot. Tu yang dia angkut sekali tu.
So, kita tunggu weekend ni utk tengok hasilnya, hehe. Tak sabarnye...
No comments:
Post a Comment