Pejam celik, pejam celik, Ariff dah 8 bulan!
Masa melawat klinik 6hb baru ni, berat Ariff 8kg, lilitan kepala 46cm dan panjangnya 68cm. Kira OK la tu, dah boleh berdiri dan berjalan-jalan masa kat dalam walker. Kuat makan, suka tarik rambut Adam masa Adam tengah tidur, dan suka stay up memalam! Lambat bebenor dia tidur, tapi bangunnya awal le pula. Haishh.
Selit cerita weekend sikit. Hehe.
Weekend kali ni - Sabtu dan Ahad, Abah stay kat rumah je. Tapi tadi, pukul 10.15pm, Abah ke office le juga nak siapkan memo dia. Setahun Abah dedicate life dia dgn bekerja siang malam! Last year, seingat Ummi, 1 Oktober Abah ke UK, then balik dr UK tu la sampai last week, Abah kerja siang malam termasuk weekend. Nak balik kampung pun tak sempat. So, 2 hari kat rumah, Abah men'vacum', kemas barang-barang bawah tangga & kat dapur ala-ala mengamuk gitu! Pagi tadi, Adam dan Abah bercucuk tanam! Habis pokok-pokok cabai Ummi, Abah ubah ke dalam pasu lain. Hmm, kalau Abah start buat kerja rumah, terpaksa la Ummi tadah je la telinga dengar mulut dia bebel.
Kat dalam rumah ni, ada 6 kipas siling, tapi 2 je yg OK, bilik Ummi dan Adam, tu pun speed dia dah ngok ngek. So, semalam, kerja Abah merepair kipas tu, 2 dah settle, tinggal 2 lagi yang belum settle. Balik dari raya bulan lepas, tiba-tiba kipas kat ruang tamu tak boleh nak switch on, switch problem. Jumaat last week, masa Ummi tengah duk pulun menjahit tudung, kipas bilik jahit pula ngok ngek. Mcm-mcm hal la kipas ni.
No comments:
Post a Comment