Saturday, October 29, 2011

Belajar buat coklat buatan tangan @ homemade chocolate

Yes!! Hari ni tercapai hajat Ummi nak belajar buat homemade choc @ handmade choc! Bulan 7 hari tu Ummi tak dapat join kursus buat coklat ni sbb ikut Abah ke Tambun untuk family day company. Untuk kelas hari ni, Ummi belajar buat inti/filling choc, praline choc, truffle choc, choc oreo dan lollichoc. Puas!

Inti/filling hari dari kursus hari ni
60gm susu cair
1sk strawberry flavor
1sb strawberry paste
150gm white choc
1sb liquid glucose

Cara - dimasak secara double boiling:
1. Masukkan susu cair, strawberry flavor, strawberry paste. Kacau.
2. Masukkan white choc. Kacau sampai choc cair.
3. Masukkan liquid glucose. Kacau sampai sebati.
3. Bila dah siap dimasak, masukkan dalam piping bag. Simpan dalam fridge selama 1 hari. Siap.

Ni hasil kursus hari ni:

oreo choc

lollichoc

praline dan truffle

Ariff dengan biskutnya sabar menanti Ummi- stokin dah kat atas bahu dah tu

Ariff menanti Ummi dengan biskut dia, sian. Plan asal (actually tiap-tiap kali sebelum ke kursus ada plan - Abah kena jaga hero-hero ni!) tak pernah menjadi! Abah dah abis keja 2 hari lepas. Ummi pun excited sampai melompat-lompat sbb igt dapat join kursus kali ni dengan aman. Tapi sehari lepas tu ada 1 unit shutdown tapi bukan keja Abah. Ummi rasa OK la sebab igt dpt join kelas dengan aman lagi, Tapi malam tadi ada 1 unit tripped plak, so Abah kena masuk keja mlm td gak. Seingat Ummi dah 4 malam Abah tak balik and keja siang malam. Balik tidur 3-4 jam je. Pukul 3am td, Abah call suh Ummi cancel je kelas hari ni sbb Abah tak dpt nak balik jaga budak 2 org ni sbb ada meeting tergempar pukul 9am tadi. Sama waktu dengan kursus start. Alahai. Nak tak nak, tadi pagi Ummi terpaksa la angkut budak 2 org ni. Buat muka selambe je la, org lain tak bawa anak tapi Ummi je la yang angkut anak-anak. Selagi peluang ada di depan mata, Ummi sambar je walaupun huru-hara sikit masa kelas. Naib baik Ariff OK je masa kelas tadi. Alhamdulillah. Dia paham Ummi dia nak belajar kot? Thank you Ariff dan Adam! Pukul 12.30pm baru Abah datang ambil diorg. So lega! Fuhh, dapat la buat amalinya, hehe.

Esok kursus buat cupcakes plak, Next week sehari sebelum raya haji Ummi ada kelas macaron, Erk, yang ni kena pujuk Abah, kot-kot la dia nak balik beraya di kampung. Lepas raya haji ada kelas jahit langsir lak. Yang ni Ummi tukar dengan kelas jahit kebaya moden hari tu dengan pilih kelas jahit langsir 5&12hb. So, terpaksa tukar tarikh langsir ke 12&13hb. Lepas tu, tak sure lagi nak join kursus apa lagi sbb rasa mcm penat dah. Tapi dalam list ada yg nak join lagi- kursus buat pelbagai blaus, skirt, manik, reben dan mcm-mana lagi. Tengok la nanti, menjadi ke tak. Huhu.

No comments: