Hari ni birthday Adam yang ke 5. Adam lahir pada hari Jumaat 27 Oktober 2006, bersamaan 4 Syawal 1427 jam 12.48pm dengan berat 2.85kg, hampir 21 bulan Ummi dan Abah berkahwin. Adam ni premature baby, mcm Ariff gak, tapi Adam matang la sikit dari Ariff. Adam lahir pada minggu 36 (Ariff pula lahir pada minggu 34 day 1). Tapi masa minggu 33, masa tu hari nuzul quran, Ummi bleeding untuk kali ke 3, masa tu kena admit sbb dah keluar darah fresh. Lepas kena tahan, rupanya false alarm, so bole la blk.
Seingat Ummi, masa pagi raya ke-4, hari yg sepatutnya balik semula ke Perlis, pagi tu air ketuban bocor/pecah. Ummi tatau yang air ketuban dah pecah, cuma sedar ada air berbau je yg keluar. Masa makan pukul 9.30am, Ummi cerita kat adik Ummi (dia keja bahagian emergency kat hospital) yg Ummi rasa pelik sbb keluar air berbau tu. Tengah duk makan tu. Ummi sakit perut. Adik Ummi suruh pergi hospital terus. So, masa tu, terus la pergi hospital, bawa bekal sebalang kuih bahulu, sbb tak sempat makan lagi bahulu! Sampai kat Kedah Medical Center, Abah turunkan Ummi kat pintu biasa. So, Ummi pegi jalan ke kerusi kat kaunter ubat. Lepas Abah pegi register nama Ummi, dia datang bawa kerusi roda. Masa tu, Ummi takmau naik kerusi roda, malu! Sbb masa bleeding pada minggu 33, Ummi kena admit kat Mahsuri Bandar Darulaman, siap kena naik kerusi roda, tapi keluar gak wad sbb tak bersalin. So, takut kes berulang, Ummi dengan gagahnya berjalan kaki sendiri padahal time tu dah sakit perut ya amats.
10.40am, masuk labor room, Ummi tak ingat saper yg check, nurse/doktor, masa tu bukaan 4cm. Terkujat sekejap, cepatnya 4cm. Pukul 11am, sakit lagi, so doktor suruh Abah keluar, dia ckp nanti dia akan panggil Abah. Bila dah 9cm, 10 cm, nurse suruh push la. Tapi, nak push apa pun Ummi tatau, Ummi register kelas tapi tak sempat nak pergi pun. So, nurse bagi sedut gas etanoks. Haha, sedut pun tak pandai, bila dah pandai, jadi terawang-awang lak. Last-last, doktor datang, terus kena forceps. Sampai ke sudah Abah tak dibenarkan masuk. Ummi beranakkan Adam sorang-sorang!
So, hari ni genap la umur Adam 5 tahun. Adam hidup tanpa adik selama 4 tahun lebih, tahun ni baru muncul seorang adik yang ditunggu-tunggu selama ni. Tadi masa dinner, Adam bagitau, dia nak 4 adik! 4? Baru 1..adehh
My handsome boy - Adam Haziq
Ummi, Abah and adik Ariff love you so much!
Semasa mengandung dan melahirkan Adam & Ariff
1. Ummi bleeding masa minggu 33 dan Ummi ditahan di wad sebelum melahirkan Adam dan Ariff.
2. Semasa nak melahirkan Adam, Ummi sedari air ketuban bocor pada pukul 7 pagi. Masuk labor room jam 10.40pagi. Lahirkan Adam pada pukul 12.48pm dengan berat 2.85kg.
3. Semasa nak melahirkan Ariff, Ummi start mild contraction jam 8pagi, sakit teramat sgt jam 10am-terpaksa call Abah suruh balik dari office, jumpa doktor 10.40pagi selepas amik Adam dari tadika jam 10.30pagi, dan Ariff lahir pada jam 12.40pm dengan berat 2.25kg.
Tanda semasa nak melahirkan Adam - ketuban pecah, Ariff - keluar darah & lendir. Dua-duanya premature!
No comments:
Post a Comment