Thursday, October 6, 2011

Lama tak update

Dah lama Ummi tak update blog ni. Busy dengan mcm-mcm hal. Sebelum ni duk pulun jahit tudung, berjaya gak siapkan 4 helai tudung untuk mak & kakak. Terpaksa rajinkan diri, sbb Ummi kena pergi Kulim untuk settlekan hal kat sekolah lama, so boleh la singgah kat rumah kakak Ummi untuk bagi tudung-tudung tersebut. Lagi 4 helai dah siap potong tapi belum jahit tepi. Bila gamaknya nak sambung kembali keja menjahit ni. Kain untuk baju raya haji pun tak potong-potong lagi. Ad-hoc gak la projek baju raya kali ni. Hehe.

Sabtu mlm baru ni, Ummi dan famili terpaksa pergi ke Kulim, nasib baik kat Kedah sekolah pada hari Ahad. Lepas settlekan hal kat Kulim, terus ke Ipoh pula. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Lepas ni tunggu le peluang untuk Ummi kembali belajar & bekerja. Hampir setahun tak bekerja dan sudah lebih 10 tahun tinggalkan zaman universiti. Ada rezeki, insyallah Ummi akan kembali belajar, demi kerjaya dan demi masa depan anak-anak. Ikutkan hati, malas dah nak belajar & bekerja, tapi apa jaminan yang Ummi boleh beri untuk masa depan anak-anak? So, terpaksa la buat semua ni. Lain le kalau Abah tu jutawan. Boleh le Ummi duk goyang kaki je, hehe.

Hero-hero cilik Ummi di Seri Malaysia Ipoh

Adam tgh final exam minggu ni. Hari isnin dah tak ambil exam. Jumaat lepas Ummi dah bagitau cikgu dia yg Adam tak dapat hadir ke tadika hari Isnin. So, semalam, Selasa Adam balik ngadu kat Ummi, 'org lain buat 1 kertas je tapi Adam kena buat 2 kertas'. Dia taktau yg dia kena jawab exam BM dan BI. Pastu hari ni dan semalam, Ummi duk paksa dia study, tapi katanya 'senang je Ummi, Adam tau buat le'. So kita tunggu je la result exam dia nanti. Ummi cuma risau subjek Bahasa Arab dan Jawi je. Yang lain-lain tu rasanya dia boleh buat, sebab kerjanya hari-hari duk mengadap buku je. So, tunggu la resultnya next week. Harap-harap dapat yang terbaik la. Ummi cakap dengan dia, tak dpt 100%, takde kek angry birds and takde la goodies bag utk kawan-kawan sempena birthday dia ujung bulan nanti!

No comments: