Wohoo! Akhirnya dpt gak Ummi join Kursus Solekan dan Andaman Pengantin. Dah lama tunggu tu. Tapi, macam biasa la, Ummi kena heret hero-hero Ummi tu. Abah kerja! Aduh, nasib baik kat saloon tu ada buaian. Ummi bawa comforter baby untuk Ariff guling-guling, bila dah letih, buh je dia dlm buaian. Lena pula tu! Tak pernah-pernah dia lepak kat dalam buaian, tu yg gayat kot, terus terlelap.
Masa kursus tu, Ummi diajarkan cara mekap santai dengan mekap pengantin. Setiap peserta dikehendaki menyolek kawan dah disolek oleh kawan. So memasing kena solek kawan sebanyak 2 kali - santai dan solekan pengantin. Dan disolek sebanyak 2 kali gak - santai dan solekan pengantin. Menarik sesangat kursus tu. Tapi Ummi belajar untuk apply kat diri sendiri je, idak le Ummi apply mekap tebal-tebal nanti.
Balik dari kursus dua-dua hari Ummi sakit belakang/pinggang. Rasa kagum le pula kat mak andam yg duk mekap org. Tak sakit pinggang ke terbongkok-bongkok?
Hari pertama kelas, Abah hantar hero-hero kat Ummi dalam pukul 11am, tapi petang Abah la ambil shift jaga hero-hero tu. Balik dari kelas mekap hari pertama tu, Adam dah tunggu dengan kamera kat depan pagar. Hampeh! Haha. Adam kata 'Mata Ummi lawa le, tapi pipi Ummi kaler-kaler, macam iguana!' Haha. Mentang-mentang la iguana boleh tukar-tukar kaler, pipi Ummi pula disamakan dengan iguana, hehe.
Hari kedua, Ummi kena jaga bebudak tu sebelah petang sbb Adam tetiba demam mlm tu. Nasib baik Ariff pun OK je time petang semlm, dapat la Ummi jadi mak andam pada petang semalam.
Erk, Ummi tengah sabar menunggu barang-barang mekap yg Ummi order kat cikgu yang ajar mekap tu. Ummi beli eyeshadow MISS ROSE 3D 24 color, blusher MISS ROSE, foundation NATURACTOR, lip tester 25 color, latex sponge wedges, mata palsu sepasang, semuanya RM120. Berus-berus belum beli, tgh duk survey lagi nak cari yang halal punye @ berus mekap sintetik. Lepas hari first, Ummi surf tgk barang mekap yg Ummi dah order tu, alhamdulillah, halal semuanya.
Hmm, nak tambah, cukur kening tu dilaknat dan pakai bulu mata palsu tu haram! Ummi memang tak pernah cukur kening pun. Semalm pun Ummi dah refuse untuk pakai bulu mata palsu, tapi mak andam yg baru belajar nak belajar pakaikan, so niat utk belajar je la.
Lepas ni nak cari eyeliner, eyebrow, make-up remover, lip gloss, mascara, loose podwer. Fuh, banyak lagi yg nak kena beli, nak vogue la kekononnya, haha!
p/s Sori cikgu yg ajar kelas kebaya moden, tetiba Ummi terkantoi kat restoren masa tgh lunch, Ummi gitau yang Ummi 'ada hal' so tak dapat la kursus jahit tu, tapi hakikatnya Ummi attend kelas solek. Tak salah kot no? Bukan menipu tapi cover je. :o)
No comments:
Post a Comment