Hari ni Ummi berjaya habiskan short course jahit gaun kanak-kanak. Kursus yang Ummi teringin nak belajar sejak 10 tahun lepas. Ummi cuma mampu beli buku je time tu. Kursus ini dijalankan selama 2 hari-semalam dan hari ni.
Dalam kursus ni Ummi diajar buat smocking pada gaun kanak-kanak secara manual, bukan guna mesin smocking untuk buat kedutan. Kira ok la, ada basic nak buat kedut-kedut tu, lagipun baru belajar, so kena tau dari awal la.
Semalam sampai pening Ummi duk belek nak buat sulaman benang. Tak reti. Isk, tapi sebab duk try, sampai kat atas katil sebelum tidur duk buat sulaman tersebut, alhamdulillah, dah jd mudah sbb dah tau tekniknya.
Ni la hasilnya :o)
Seperti biasa, Ummi kena jaga hero-hero semasa kelas. Pukul 2.15pm semalam, Abah hantar Adam & Ariff. Nasib baik hari ni Ummi dapat siapkan sebelum pukul 2pm, so Ummi terus balik lepas tu. Takyah susah-susah jaga hero-hero semasa kelas.
Ariff dah sampai tanggalkan stokin. Hehe. Duk terikat dalam rocker sejak dari 2.15 - 5.15pm.
Tertunggu pula short course untuk next weekend -coklat, cupcakes & macaroon. Esok nak kena pergi register dan bayar yuran untuk kursus tersebut!
No comments:
Post a Comment