Thursday, October 20, 2011

Ummi ada blog follower..welcome!

Ummi baru perasan masa view blog td, Ummi ada follower la! Hehe, ala-ala shock & syiok gitu, hehe. Welcome my 1st follower 'Aku dan Suami'  :o)

Hari ni masa Ummi dihabiskan dengan alter baju - sepasang baju kurung moden yg Ummi beli sebelum pregnant kan Ariff, entah kurun ke berapa ntah. Bajunye size 36 je pun. Tapi disebabkan Ummi ni orangnya petite size [Abah yang kata, tapi adik Ummi kata k.a.t.i.k], terpaksa je Ummi alter ikut size Ummi. Actually tak minat dah beli baju yang dah siap, sebab asyik duk kena alter, pendekkan tangan, singkatkan baju, etc. Mood nak alter tu tak muncul2, sbb lepas gunting semua tu, sure la nak kena jahit tepi. Nak hantar kedai jahit tepi, tak berbaloi. Nak godek mesin jahit tepi sendiri, tak reti! Nak kena paksa Abah belikan yang baru le ni. 2-3 hari lepas, Ummi jahit seluar Adam yg terkoyak kat bahagian kaki, seluarnya baru je beberapa kali pakai, tapi dah terkoyak. So, masa duk jahit tu, Ummi explore la mesin jahit Ummi [Ummi beli mesin jahit ni thn 2006 lg]. So, Ummi dpt idea, bahagian yang terjuntai tu, Ummi jahit tepi guna mesin jahit Ummi tu, settle! So, hari ni apa lagi, keja alter baju je la. Akhirnya siap gak ikut size Ummi.

Singer 7464 Computerised Sewing Machine

Ni mesin jahit yang ke-4 Ummi beli. Maklum le Ummi menjahit sejak umur 13 tahun, sekarang dah 34 tahun. Masa study kat US, beli kat sana satu, masa awal-awal kerja beli 2 biji -size kecil dan besar. Yang ni, Ummi paksa Abah belikan. Harga masa Ummi beli tahun 2006 RM1495. Best gile mesin jahit ni. Hehe. Ada 48 corak, tapi duk guna jahit lurus je la. Untuk jahit tepi yg Ummi mention kat atas tu, Ummi guna corak 20. Sekarang dah takde dah model Singer 7464 ni, digantikan dengan Singer 7465, lagi banyak corak la kot.

Semalam Ummi ke kolej tpt Ummi belajar menjahit. Disebabkan Ummi tak attend kelas weekend baru ni [sebab Ummi attend kursus mekap], Ummi pegi je la nak amik nota & kain. Cikgu tu pesan suruh pegi hari Isnin, tp Adam demam tak sihat-sihat, terpaksa la Ummi pergi hari Selasa. Malangnya [eh, malang ke?], cikgu tu cakap diorg tak boleh bagi kain! Nota je boleh bagi. Ummi diam je la. Actually Ummi tak kisah pun, Ummi nak nota je! kalau Ummi beli nota kebaya tu kat internet, harganya RM15 plus duit posting lagi RM6. Haa, kan dah RM21. Then cikgu tu kata, duit tak boleh refund [Ummi bukannya nak minta duit balik pun], so dia kata Ummi boleh pilih mana-mana kursus jahit yang lain untuk gantikan kelas kebaya moden tu. Wahh, Ummi suka! Sbb nota Ummi dpt, kursus kelas baru pun dpt. So, Ummi pilih kelas jahit langsir la. Kelas tu 5 & 6 Nov ni. Kelas jahit gaun kanak-kanak yg sepatutnya bulan lepas, postpone ke weekend ni- 22, 23 dan 29 Oct. 3 hari pula tu. Pening la gak, nak kena angkut hero-hero selama 3 hari. Abah tengah critical outage. Aiyak.

No comments: