Saturday, July 30, 2011

Short course: kelas menjahit kurung moden

Hari ni Ummi attend kelas menjahit kurung moden. Ok la, lebih kurang menjahit blous. Disebabkan sebelum ni Ummi penah attend kelas menjahit blous di 2 tpt - Alor Setar and Manjung, tapi takde satu pun yg Ummi berjaya completekan. Haha. Sebabnya kelas seminggu 2 kali. Kekadang meeting, blik kerja lambat, takdan nak catch up. So dalm short course hari ni, Ummi dpt belajar sehingga Ummi betul-betul faham. Cuma, agak frust la sikit, sbb kain yg diajarkan adalah kain senyum. 2-3 hari lepas Ummi baru je siapkan 2 helai kain senyum ni, yang ni hasil dr kelas yg Ummi belajar tahun lepas yang dipadankan dengan kurung pesak gantung.

Hari ni Ummi pulan siapkan baju kurung moden ni. Part baju dah selesai, part kain- mcm duk buat dah 2-3 hari lepas. So, esok kalau rajin Ummi pegi la kolej tu. Kalau Abah nak pi kerja, terpaksa la pendamkan saja niat nak sambung belajar utk esok.

Balik rumah, Ummi selongkar buku Ummi - Variasi Seni Jahitan by Rosita Jaafar. Ada rupanya pola kain duyung dalam buku tersebut, kain yg dicari-cari untuk dipadankan dengan kurung moden. So, selongkar almari le pula, ada 2 helai kain duyung, so dpt la Ummi jadikan sample nak buat r&d kain duyung. Pasni, nak kena pegi kamdar lagi la senyap-senyap utk cari kain untuk buat kain duyung. Hehe.

Friday, July 29, 2011

Hari yang memenatkan & sepasang kurung pesak gantung

Hari ni hari yg amat memenatkan bagi Ummi. Ni semua sbb roadtax keta belum renew la. 4 hari lps, beria Ummi nak pergi renew roadtax sbb Abah amat bz. Dia dah janji, tup-tup mlm tu dia tak blk. Dia blk Rabu 1++pm. Blk rumah terlelap sekejap. Pukul 4pm baru dia pegi nak renew insurance, so tak sempat la nak renew roadtax. Khamis, Ummi igtkan dapt la Ummi renew roadtax, tapi Abah tak blk2 gak. So, hari ni baru la dpt pergi renew roadtax.

Awal pagi hantar Adam ke tadika sbb pakcik van dtg lambat so takde saper nak tunggu Adam kat rumah-> hantar Abah ke stesen -> renew roadtax tapi kena tunggu pejabat pos buka pukul 8.30am dlu -> balik rumah masak utk lunch (menu sambal tumis bilis petai, ikan kerisi goreng and masak lemak pucuk ubai lagi! -> basuh & jemur baju-baju -> ambil Adam dari tadika sbb ari jumaat pakcik van akan hantar Adam lambat -> pegi Giant beli kad raya utk cikgu-cikgu tadika Adam -> Adam dine-in KFC -> pergi jahit tepi baju kurung and kekek pesak gantung tak tertinggal haritu -> ambil Abah kat stesen -> blk lunch -> jahit sarung torch light Abah yg dah terkoyak -> solat -> pergi servis persona sbb masa Ummi nak pergi ambil Abah tadi, rasa lain mcm je brek dia, so Abah terus buat major servis -> hantar Abah ke stesen -> on the way balik singgah kamdar, Ummi angkat 3 pasang kain utk baju Ummi, lom decide nak buat apa dengan kain-kain tu -> pergi billion sambar 3 pek huggies dry size M utk Ariff, masa kat billion, diaper Ariff bocor, abis baby sling & baju Ummi lencun kena air kencing Ariff -> singgah farmasi beli ubat cacing Adam -> blk mandi & solat -> pegi ambil Abah kat stesen , dah jemu pak guard nampak muka Ummi hari ni, 4 kali masuk stesen -> pegi ambil persona dr servis -> blk rumah dinner -> then siapkan kurung pesak gantung! Now, dah siap baju tersebut.

Esok awal pagi nak kena masak bihun goreng le pula. Abah request. Last week seblm pegi kelas jahit tudung, Ummi siapkan nasi goreng + ayam goreng kunyit. Bila blk rumah, nasi goreng tu tak disentuh pun. Hero-hero tu pergi brunch kat mcD. Hampeh, penat je rasa. Masa kelas jahit kemeja, Ummi tak masak tinggal, duk kalut call, lapar le padahal dah pergi breakfast kat McD! Esok Ummi ada kelas jahit kurung moden-kelas yg ditunggu-tunggu sebab raya thn ni nak berbaju kurung moden, hehe!


Esok Abah ada major overhaul utk this year. Memang dia bz ya amats la start esok. Tapi Ummi paksa Abah jaga hero-hero utk Ummi. Sbb esok first day class, sure la awal pagi nak concentrate buat pattern dlu. Petang Ummi kena jaga depa la sambil-sambil belajar menjahit. Uwaa.

Thursday, July 28, 2011

Cerita Ariff & Adam

Hari ni dgn rasminya Ummi isytiharkan kepala Ariff sudah tak berair, sudah kering elok je. Nak tau apa Ummi sapu kat kepala dia? Hari-hari Ummi sapu vaseline dgn penuh kasih sayang di kepala dia yg berair tu. Alhamdulillah, mujarab. Badan dia pun sudah hilang dah merah-merah dan kulit kasar-kasar. Ummi pun taktau tindakbalas apa yg menyebabkan kulit Ariff jadi lembab 2-3 hari ni. Maybe masa family day hari tu, dia berjemur di bawah cahaya matahari pagi. Sebelum-sebelum ni, mana pernah Ummi bawa Ariff kena panas cahaya matahari. Vitamin dari cahaya matahari telah diserap oleh kulit Ariff kot. Ni conclusion yg Ummi buat sebab dalm minggu ni kulit dia sungguh la lembab.

Kalau la keadaaan ni berpanjangan, syukur sesgt. Ariff akan jadi manusia normal tanpa bergantung pada ubat dah. Amin.

Hmm, Ummi baru perasan, Adam dah 4 thn 9 bln. Skrg Adam dah tahu mengeja dan membaca-hasil intensif belajar dengan Ummi time petang-petang sesambil Ummi layan facebook! Haha.

Tuesday, July 26, 2011

Cara buat tudung DIY

Tadi Ummi godek-godek mesin jahit tepi Ummi. Tensen dah le dgn mesin tu. Isk. Actually SIL#1 yg bg mesin jahit tepi tu. Then Ummi antar pegi kedai, sebab tak reti nak buat semua menda, manual takde, benang gedabak tu pun takde. Pas kedai tu godek-godek pasang semua menda, kena la bayar RM75. Bawa blk rumah, excited nak guna utk jahit tepi. Tup-tup saper punya keja ntah, benang no 1 terkeluar terus. Heeee. Ummi tak reti nak pasang balik le pula. Dah menjegil biji mata tgk kat lakaran cara pasang benang dah ditempek kat mesin jahit tu, tp still tak berjaya. :0(

Kalau tak, Ummi dah tak heran dah dgn mesin ni, sbb tak reti nak pasang benang. Tpi, hari ni semangat nak menjahit mai le pula. Khamis baru ni, Ummi pi hantar sepasang baju pesak gantung utk dijahit tepi, disebabkan lamaaaaa tak menjahit, Ummi buat 2 kekek je la, patutnya ada 4. So, segala urusan nak menjahit baju tak jadi la, kain dah selamat siap dah. Nak keluar pegi kedai utk jahit tepi, road tax keta mati le pula. Abah takdan lagi nak pi renew. Esok la gamaknya Ummi pi jahit tepi, tp pagi-pagi sure kena hantar Abah pegi keja. Kan dah menyusahkan hidup le plak.

Sesambil duk cari cara pasang benang tu, Ummi terjumpa la pula link cara nk buat tudung. Semalam dah try surf internet, dah jumpa baca link, so Ummi decide nak tempek kat blog ni utk reference nanti-nanti.

http://yuitsumuni.com/2010/10/13/cara-menjahit-tudung-beserta-pola-awning/

http://tudungcari.forumotion.com/t736-nak-wat-curly-hujung-tudung

http://www.youtube.com/watch?v=EwtF_yV-v_M&feature=related

http://ibumithali.com/sedekah/carajahittudung.pdf

http://tudungcari.forumotion.com/t5-jahitan-hujung-tudung

Monday, July 25, 2011

Cara-cara buat bakul kertas surat khabar

Ummi perasan lately tiap-tiap hari ada yg duk masuk blog Ummi sebab bakul surat khabar. Entry bakul kertas ni paling top sekarang. Maybe diorg duk cari mcm mana nak buat bakul guna surat khabar. So, hari ni Ummi dengan baik hati nak share la apa yg ada dlm simpanan Ummi utk rujukan org-org yg masuk blog Ummi ni tentang cara-cara buat bakul surat khabar. Ummi pun bukannya pandai pun. So, untuk rujukan bersama, Ummi tempek di sini. Harap dapat membantu sesiapa yg teringin nak buat bakul sendiri selepas ni.

Sila klik pada image utk larger picture.







dari buku Pelangi Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1.

Ummi dapat hadiah


Abah blk pukul 10mlm tdi bawa balik hadiah utk Ummi. Sebiji handphone Samsung Galaxy Mini GT-S5570. Hehe. Maybe Abah kasihan kat Ummi kot. Dah lama tak tukar handphone. Handphone yg Ummi duk guna skrg ni, Ummi beli thn 2008. Handphone sebelum tu rosak sbb Adam dengan penuh perasaan tuang susu dr botol susu dia ke atas keypad handphone tu, so terpaksa la beli yang baru. Ni Abah bagi handphone baru, Adam dah book handphone Ummi. Apa la Adam ni, dia dah ada 2 handphone actually. Satu Abah beli utk dia tgk wonderpets masa duk blk sekolah kat dlm kereta, satu lagi handphone lama Abah. Abah kata takmau bagi handphone mahal kat Ummi sebab Adam yg selalu duk guna main games.



Actually Ummi tak kisah sgt pun psl handphone canggih-canggih. Janji boleh call and sms dah le. Handphone Ummi boleh MMS and surf tapi Ummi tak penah guna utk MMS dan surf pun. Ummi ambil plan maxis yg sebulan RM50. Tapi tiap-tiap bulan guna tak pernah lebih dari RM30, kekadang guna belas RM je. Sebelum tu Ummi ambil plan RM75, mmg rugi sbb tak guna sgt utk call out. Kalau Abah duk outstation berbaloi la ambil plan tu. Ni dah Abah duk kat rumah je, takde la guna sgt.

Ummi tanya Abah mlm tadi, bagi handphone ni sempena apa? Abah kata sempena birthday Ummi! Haha, dah sebulan dah birthday Ummi. Anyway, TQ Abah! Last dapat hadiah dr Abah bulan puasa 2 thn lepas, dpt camera sony cybershot. Masa tu harga mahal RM1k+, skrg tak laku dah camera tu. Huhu.

Saturday, July 23, 2011

Masak Lemak Pucuk Ubi

Menu tengahari tadi - masak lemak pucuk ubi, ikan kerisi goreng, sayur sawi air favourite Adam dan sambal belacan. Malas masak maaaaaa!

Special hari ni - masak lemak pucuk ubi. Dahh lama nak makan masak lemak pucuk ubi! Suruh Abah beli pucuk ubi, dia tak beli-beli pun. Dulu masa duk kat Butterworth, Ummi tanam sendiri pokok ubi kayu semata-mata nak makan pucuk ubi je. Ubinya sampai jadi ubi kayu keras, sebab tak pernah korek pun. Pokoknye pun rendang je. Sakarang, rumah semua bersimen, nak tanam pokok ubi kayu pun tak boleh. Last 2 weeks, Ummi pergi pasar malam. Lama dah tak pergi sbb tugas membeli brg di pasar malam adalah tugas Abah. So, di pasar malam tu, Ummi jumpa la pucuk ubi. Ummi beli! Balik rumah, Ummi ikat elok-elok pucuk ubi tersebut di dalam plastik. So, hari ni dapat la menikmati masak lemak pucuk ubi!


Bahan-bahan:
1 ikat pucuk ubi dipotong halus dalam jarak 1cm

Bahan kisar
2 ulas bawang merah
5 biji cili api - size besar (ikut kepedasan)
Santan secukupnya
1.5cm kunyit hidup - boleh diganti dengan serbuk kunyit

Bilis dikisar kasar
Serai - optional
Garam secukupnya

Cara
1. Rebus pucuk ubi yang telah dipotong halus hingga lembut. Toskan.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk. Masukkan pucuk ubi yg ditos tadi. Masukkan bilis, serai dan garam secukupnya. Masak hingga mendidih. Siap.

Muffin Pandan Berintikan Coklat


Tengahari tadi, Adam ajak Ummi buat kek. Asyik kek je Adam ni. Pukul 3pm, Ummi saja surf internet, terjumpa resepi muffin. Rupanya senang je buat muffin ni. Tengok bahan-bahan, semuanya ada stok. So, apa lagi, terus je Ummi buat projek muffin dengan Adam.


Ni resepi Ummi copy paste dari Potret kasih. Tapi ada la juga bahan yg Ummi tukar

Bahan2nya
1 1/2 cwn tepung gandum ( saya guna tepung halus)
1 biji telur
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
1/2 cawan susu cair *diganti dengan bancuhan susu pekat manis
3/4 cwn gula halus
1 1/2 tsp vanilla extract
1/2 cwn mentega di cairkan *diganti dengan minyak + mentega cair
1/2 sudu kecil pandan emulco
1/2 keping coklat masakan di potong kiub kecil2 – saiz kiub ikut suka anda.
sedikit coklat rice ( hiasan – tak de pun tak pe… )
sedikit gula icing ( hiasan) * Ummi tak letak pun

Cara Penyediaan
1. Ayak tepung, baking powder dan baking soda kedalam satu bekas, kemudian gaul rata dan ketepikan.
2. Didalam sebuah bekas satukan telur, gula, susu cair, vanilla, gula, vanilla dan mentega cair. Kacau hingga sebati.
3. Satukan bahan yang telah dikacau sebati tadi dengan adunan tepung dan kacau hingga sebati.
4. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam cawan kertas.
5. Bubuhlah kiub coklat tadi kedalam adunan dan tenggelamkannya… jika suka boleh hiaskan dengan coklat rice…
6. Bakar dalam oven 160 darjah celcius selama 20-25 minit.
7. masa menghidang boleh ayakkan sedikit gula icing…
** Kalau nak lebih sedap… biar semalaman dulu barulah dimakan… muffin akan lebih moist dan lembut jika di biarkan semalaman terlebih dahulu…

Bancuhan ni Ummi dapat 9 biji muffin. Macam biasa, Adam pulun makan masa panas-panas. Lebihnya akan dibawa ke Tambun esok utk Famili Day TNB satu Perak. Mohh kita ke Tambun.

Untuk rekod - kali ke-4 Adam ke Tambun esok.

Lada jeruk

Ummi dan Abah suka makan jeruk ni tapi tak pernah buat pun. 2-3 hari lepas, Ummi terjumpa cili hijau kat giant, so apa lagi, beli dan balik buat lada jeruk le. Abah buat makan dengan nasi je.


Bahan
15 lada hijau dipotong kasar
1/4 cawan gula
1 sudu makan garam
1/2 cawan cuka
1/2 cawan air

Cara
1. Potong lada hijau kasar-kasar. Masukkan ke dalam balang bertutup. Ummi recycle balang jem je. hehe.
2. Masukkan gula, garam, cuka dan air ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
3. Tuangkan bahan didih tadi ke dalam balang berisi lada yg telah dipotong tadi. Tutup. Lada akan berubah warna. Siap.

Wednesday, July 20, 2011

Appointment Ariff dengan doktor pakar hari ni

Tadi Ummi bawa Ariff ke HSM. Jumpa doktor sbb kepala besar! Naik tensen dah. Dah berkali-kali dah habaq kepala Adam & sepupu-sepupu dia besar gak, tapi doktor tetap nak scan. Adoi la. Tadi ukur lilit kepala Ariff 44cm. Hari ni Ariff genap 5.5 bulan. Adam masa umur 6 bulan lilitan kepala 46cm. Ok per. Exam baru ni kat tadika dapat no. 1 lagi. Tu sebab kepala besaq la kot? Iskk.

Haa, skrg Ummi dah tau psl apa kepala depa dua tu flat kat belakang. Padahal dah beli bantal lubang le, mcm-mcm dah buat. Bagi tidur mengiring kiri kanan, tak jadi gak. Rupanya sebab kepala depa besaq! Adoii, sian le pula kat depa dua ni.

Masa kat HSM dpt SMS - kursus buat coklat weekend ni 23hb. Isk. Dah tak boleh pergi la pula sbb nak ikut Abah pi Tambun untuk family day company. Then dpt lagi SMS - kelas jahit baju kurung 23, 30 & 31hb dijadikan pada 30 dan 31 julai shj. Uwaaa. Abah nak balik kpg weekend dpn, kalau tak blk, ntah bila nak balik. Mula-mula Ummi igt nak pergi 24hb je, belajar buat pola sahaja. Then lagi 2 hari boleh la skip, takpun pegi je kolej tu jumpa cikgu time weekdays. Tapi, sekarang dah tatau la nak plan mcm mana. Ummi takmo balik kpg la. Biar Adam & Ariff je yg ikut Abah depa balik kpg. Bole kot? Hehe.

Sunday, July 17, 2011

Kelas Menjahit Tudung - short course

Semalam Ummi attend kelas menjahit tudung. Kelas ni selama 2 hari-semalam dan hari ni. Lama Ummi tunggu kelas ni. Suppose kelas ni diadakan pada bulan lepas, tp kena postpone ke semlm pula. Janji dgn Abah yg Abah kena take care hero 2 org tu. Pukul 3am baru Abah blk rumah. Pukul 5am ada emergency- ada unit yg tripped, sib baik Abah tak pegi kerja. Kalau tak, jenuh la Ummi nak handle 2 org budak + nak belajar menjahit.

Tudung pertama yang Ummi siapkan!

Semalam di kelas menjahit, Ummi belajar buat 3 jenis tudung. Basic dia mesti lulus buat awning la. Lain-lain tu ikut selera sendiri la. Lepas siap tudung pertama, rasa macam nak menangis pun ada, sebab tak percaya yang Ummi boleh buat tudung sendiri! Haha. Semlm Ummi minta kebenaran cikgu tu nak cabut blk pukul 4pm sebab Abah nak masuk kerja pula.

Tudung kedua yang berjaya Ummi siapkan!

Hari ni plan igt nak pergi sekejap pagi. Tup-tup Abah blk pukul 4+ pagi. Then ada unit tripped lagi, so Ummi pendam je la hasrat nak pergi kelas menjahit utk hari kedua hari ni. Nasib baik la semalam seblum cabut, Ummi berjaya siapkan 2 jenis tudung. Yang lagi satu cuma belajar teori je. Igt nak blk buat kat rumah, sampai sekarang tak terbuat. Kalau blk dr kelas menjahit sure letih badan. Sbb fokus utk menjahit + banyak berdiri kot? :). Walaupun cabut balik awal, harap-harap la Ummi dapat sijil gak.

Semlm sempat Ummi merayau kat Kamdar masa rehat kelas menjahit tu. So, sempat la cekau sampin raya untuk Adam. Bila balik compare, ceh sama size la pulak dengan sampai hitam + gold adam yg 2 thn lps (raya haji 2009). Semalam Ummi beli 2 helai sampin hitam + putih dan hitam+ gold..ni jenis songket macam Abah punye. Tunggu la Adam darjah 5 nanti baru boleh pakai. Haha. Janji murahhhh. Tak kuasa dah Ummi nak beli sampin ikut kaler baju. Cukup la yang duk ada kaler purple (raya 2010) dan merah (raya 2009) tu. Jimat la sikit pakai hitam putih or hitam gold je. Evergreen. Hehe.

Next week ada short course kurung pahang & kurung moden. Ummi pilih kurung moden sbb raya ni nak berbaju kurung moden la. Hehe. Harap-harap la Abah dapat jaga hero-hero untuk Ummi. Amin.

Thanks to Abah sebab sudi jaga hero-hero utk Ummi semalam. Muahhh. Walaupun bila blk terkejut tgk rumah mcm tongkang pecah. Habis Adam punggah semua kotak di bawah tangga semata-mata nak cari mainan lama dia. Abah? Terbongkang tak sedar diri. Isk. Haru.

Saturday, July 16, 2011

Cheese tart

Hari ni Ummi buat cheese tart. Tu pun selepas 2 kali cream cheese yg Ummi beli-dah expired. Hehe. Pertgahan thn lps ada beli, tapi tak buat-buat pun. Akhir bulan 8 baru teringat cream cheese tu, bila check, dah expired. Bulan 4-5 baru ni beli lagi, mlm tadi check, expired juga. Haha, ada lagi satu yg blum expired. So, dpt la Ummi merealisasikan impian utk buat cheese tart. Hasilnye, agak Ok gak la utk beginner mcm Ummi ni.
Hasil cheese tart Ummi petang tadi-permukaan filling agak retak, lama bakar kot? Mmg disengajakan pun. Hehe.

Ummi ambil resepi kat internet tapi tak igt ambil dr mana. Ni ummi share resepi yang ummi guna tadi.

Untuk pastry
125gm butter - Ummi guna marjerin **
40 gm gula ising
220 gm tepung gandum
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila

Cara
1. Campur kesemua bahan untuk pastry ke dlm mangkuk. Uli hingga menjadi doh. Masukkan dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais selama 20-30 minit.
2. Canaikan doh tersebut. Terap dengan acuan bulat (Ummi guna mug Adam yg dibeli di Ikea, saiz nye mmg ngam-ngam dengan size acuan tart Ummi)
3. Tempek doh bulat tadi tu ke dalam acuan tart. Tekan sampai rata di atas permukaan acuan tart. Cucuk-cucukkan dengan garpu.
3. Bakar sehingga masak. Ikut resepi, suhu 175 celcius selama 8-10 minit. Tapi Ummi bakar lama dari masa yg diberikan.

Ikut resepi di atas, katanya dapat 12 keping tapi Ummi tak sure la acuan saiz berapa, tapi Ummi dapat 18 keping tadi.

Filling
125gm Philadelphia cream cheese
30gm gula castor
10gm butter
1/2 biji telur

Cara
1. Pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang. Masukkan telur dan pukul hingga rata. Masukkan dalam piping beg.
2. Pipekan cheese dalam pastry- Ummi guna sudu je :)
3 Kalau letak blueberry filing- sudukan 1/4 sudu kecil blueberry. Buat corak ikut suka
4. Bakar pada suhu 180 celcius dalam 5-10 minit - guna api bawah sahaja


Untuk filling, Ummi buat double sukatan, sbb kalau buat separuh ketul cream cheese tu, mana nak campak lagi separuh tu. So, lebihan dari filling tadi, Ummi terpaksa la jadi kreatif sekejap. Ummi terjumpa biskut marie lebihan yang Ummi buat kek batik last week. Ummi hancurkan biskut marie tersebut, kemudian gaulkan dengan marjerin. Pastu, hasil campuran tadi, Ummi tempekkan pada muffin paper, then letakkan cheese yg lebih tadi, so jadi la ala-ala cheese cake! Yummy!

Nota:
- **hasil yg Ummi surf, katanya add 1 sudu susu tepung dalam marjerin utk menambah kelemakan biskut. Ummi tak letak pun, sbb 2-3 hari ni Adam tukar selera minum susu perisa coklat le pulak.
- Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaanya dana menjadi retak. Ummi buat juga! Sbb tak kuasa Ummi nak makan cheese lembik-lembik. Haha.
- Untuk menjadikan permukaan atas tart lebih menarik, sapukan aprikot glaze [jelly apricot to glaze] supaya ia kelihatan berkilat. (Aprikot glaze + sedikit air dan panaskan di atas dalam periuk kecil di atas dapur hingga campuran tersebut cair)
- Kalau guna filling - blueberry - tapiskan filling tersebut supaya filling dapat keluar dengan lancar sekiranya menggunakan piping bag ketika menghias.

Adam tak layan cheese tart ni. So, nampaknya Ummi la yg kumpul kesemua lemak-lemak ni. Heeeee. Takpe, dah nak bulan puasa. Confirm nanti hilang 2-3 kg. Hehe.

Gulai Ketam Nenas

Menu lunch tengahari tadi - gulai ketam nenas, ikan kembung goreng kunyit, sayur sawi masak air & sambal belacan.


Resepi gulai ni sama mcm gulai ikan kering hari tu -versi tumis darat

Bahan -bahan
500gm ketam - 3 ekor ketam saiz sederhana
Santan
Garam
1/2 biji nenas

Bahan A - dibancuh
2 1/2 sudu besar serbuk kari ikan Alagappas
2 ulas bawang merah dikisar
1/2 cawan air

Bahan untuk tumisan darat
Minyak
3 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
1 tangkal daun dari

Cara
1. Bahan A dimasak hingga kering.
2. Masukkan santan, ketam dan garam. Masak hingga ketam separuh masak.
3. Masukkan nenas. Masak hingga nenas layu.
4. Tumis darat. Tuang di atas gulai tadi. Siap.


Gulai ketam ni kegemaran anak beranak. Makan nasi sure bertambah-tambah. Adam dapat kuah ketam pun jadi la, berselera dia makan.

Dlu sebelum kahwin, Ummi dibawa ke rumah bakal mertua pada hari raya. So, mlm tu, lauk dinner adalah gulai ketam nenas. Masa tu, SIL #1 bgtau yg Ummi kena tau masak gulai ni sbb adik dia (Abah) sukakan gulai ni. Diorg taktau yg gulai ni jugak la favourite Ummi dan keluarga. So, bila dah ada anak, anak pula sukakan gulai ketam ni. :0)

Tuesday, July 12, 2011

Roti Jala & Kuah Durian


Pagi tadi Ummi bersemangat buat roti jala. Dah banyak hari dah nak buat tapi asyik tergendala sebab pewarna kuning takde. Petang semlm, susu Adam habis, so terpaksa la Ummi pergi beli. Alang-alang tu beli sekali la pewarna kuning. So, hari ni dapat la merasa roti jala dengan kuah durian. Hmm, Ummi prefer roti jala & kari ayam. Dulu selalu la duk buat roti jala. Masa bujang, time buat open house, pernah la jugak duk menjala roti ni, tapi bila dah kahwin, sekali je Ummi buat. Sbbnya Abah tak layan pun. Isk. So, hari ni kira first time buat kuah durian. Resepi campak-campak je.


Roti Jala (18 keping)
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
sedikit garam
sedikit pewarna kuning
1 biji telur

Semua bahan di atas dimasukkan ke dlm blender. Blend. Tapis. Sedia utk sesi menjala. Gunakan non-stick pan utk mempercepatkan proses menjala.

Kuah Durian
Isi durian
Santan
Air
Garam
Gula putih / gula melaka secukupnya
2 helai daun pandan dipintal

Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Siap.

Ummi prefer durian yg banyak untuk kuah yg pekat. Kalau ada sedikit durian je, tambah sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah. Siap.

Sunday, July 10, 2011

Ariff sudah 5 bulan!


Semalam genap umur Ariff 5 bulan! Sudah boleh meniarap!

Saturday, July 9, 2011

Breakfast today - Nasi Lemak

Abah requested nak breakfast dengan nasi lemak. Sbbnya Abah tak blk makan time lunch. So, awal pagi terpaksa la Ummi masak untuk Abah. Sabtu pun kerja? Yup, abah bekerja 7 hari seminggu. Dah berbulan-bulan dah demi untuk menerangi Malaysia! Balik pun semata-mata untuk mandi dan salin baju. Tidur paling lama pun 4-5 jam sahaja.

Thursday, July 7, 2011

Ariff melawat klinik hari ni - 5 bulan


Hari ni ada appointment Ariff utk cucuk 5 bln. Appointment pukul 9am tapi Ummi pergi awal, sbb kalau lambat-lambat jenuh nak menunggu turn pula.

Lepas ukur panjang, ukur lilitan kepala dan timbang berat, Ariff kena la ngadap nurse. Bila nurse tgk kepala Ariff, ubun-ubun masih 4 jari terus dia refer ke klinik kesihatan. Dia tulis dlm buku biru Ariff '? hydrocephalus'. Bila Ummi tanya penyakit apa tu, nurse tu kata kat Ummi 'tunggu la apa doktor akan cakap'. Gabra jugak Ummi. Terus je Ummi setuju nak pergi KK padahal Ummi mana tau jalan nak ke sana. Lepas nurse tu draw map, Ummi terus je ke sana. Ummi yg penakut ni berjaya juga sampai ke KK seperti yg diarahkan.

Sampai sana jumpa doktor. Lepas check semua, doktor kata Ariff takde simpton pon, malah lagi aktif ada la. Legaaaaaaaa sesgt. Bukan apa, Adam pun kepala besar gak, anak-anak kak Tie pun kepala besar juga.

Sudah pandai buat buih-buih :)

Berat Ariff 6.5kg (mcm berat masa jumpa pakar last week je)
Panjang 62cm (masa jumpa pakar 65cm)
Lilitan kepala 43cm

Haa, pasal lilitan kepala ni Ariff kena refer jumpa doktor tadi. Ummi blk check kad biru Adam, lilitan kepala Adam masa 3 bln - 41 cm, masa 6 bln - 45cm. Lebih kurang sama besar je kepala dua beradik ni.

Cerita pasal eczema, alhamdulillah, eczema Ariff sudah clear - sbb sapu ubat yg doktor bagi last week tu la. Baru sapu 3 kali, sudah putih gebus kulit Ariff. Syukur sesgt.

Balik rumah Ummi surf pasal 'hydrocephalus' tu, tgk gambar mmg gerun. Mintak dijaukan la. Isk. 20hb ni Ariff ada appointment dgn doktor pakar le pula. Sbb dia premature baby, nak kena check la mata telinga semua tu.

Saturday, July 2, 2011

Laksa..........akhirnya!

Kat FB kawan-kawan duk heboh pasal laksa. Ummi dah lama teringin. Kalau ikutkan mak, tak boleh makan laksa ni. Kena tunggu baby setahun baru boleh. Alahai. Teringin punya pasal, layan je la.

Menu hari ni - Laksa. Dah lama tak buat laksa. Last buat awal tahun lepas, tu pun sebab nak balas bekas makcik sebelah rumah ni. Hehe. Layan...


Bahan-bahan

1/2 pek laksa direndam semalaman.

Bahan rebus
4 ekor ikan sardin/selayang
2 cawan air
1 keping asam keping

Bahan kisar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering

4 tangkai daun kesom -ambil daun sahaja
1 batang bunga kantan dibelah 4
Garam secukup rasa
2 keping asam keping
3 - 4 cawan air

Bahan tabur atas laksa
Telur rebus dibelah 2 atau 4
Timun dipotong bulat-bulat kemudian memanjang
Bawang besar dipotong nipis
Cili api dipotong
Daun selom dipotong
Limau nipis

Cara buat kuah laksa
1. Rebus bahan rebus hingga ikan empuk.
2. Kisar bahan kisar. Masukkan dalam periuk.
3. Asingkan isi ikan dan tulangnya. Kisar isi dengan air rebusan ikan yang telah ditapis.
4. Kisar tulang dengan air. Tapis ambil airnya sahaja.
5. Isi ikan yang telah dikisarkan dimasukkan ke dalam periuk (bahan kisar tadi). Masukkan air tapisan tulang, daun kesom, bunga kantan, asam keping dan garam.
6. Masukkan belacan kalau suka.
7. Masak kuah hingga mendidih.

Cara menyediakan laksa.
1. Rabus laksa hingga masak. Toskan.
2. Masukkan laksa ke dalam pinggan.
3. Tabur bahan tabur di atas laksa tadi.
4. Ceduk kuah laksa. Siap.

Abah dah 3 weeks duk layan nasi dagang Pak Ya, isk. Tak layan pun laksa Ummi ni. Sabo je la.

Friday, July 1, 2011

Gulai Ikan Kering Nenas & Kangkung Goreng

Menu lunch tengahari tadi - gulai ikan kering dgn nenas tumis darat, sayur kangkung goreng (belacan) dan ikan kembung goreng kunyit, sambal kicap cili api - malas nak buat sambal belacan, so guna sambal kicap semalam punya. Hehe.


Resepi Gulai Ikan Kering dengan Nenas - tumis darat (2 orang makan)

Bahan-bahan
Bahan A
2 1/2 sudu besar rempah kasi ikan kering Adabi
2 biji bawang merah - dikisar
1/4 cawan air

250gm tulang ikan - Ummi guna tulang ikan merah
1/2 biji nenas madu
Santan cair secukupnya
Santan pekat secukupnya
Garam - jika perlu sahaja

Bahan tumis darat
Minyak untuk menumis
1 tangkai daun kari
2 ulas bawang merah -dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang

Cara-cara
1. Rendam tulang ikan dlm air untuk hilangkan masinnya dalam 30 - 1jam.
2. Campur semua bahan A. Masak atas api hingga rempah kering/masak.
3. Masukkan santan cair. Masukkan tulang ikan. Didihkan hingga isi ikan empuk.
4. Masukkan nenas. Masak hingga nenas layu.
5. Jika perlu, perasakan dengan garam
6. Tumis bahan tumis darat hingga kekuningan, dan tuang ke atas gulai yg telah siap tadi. Hidangkan.

Tadi lepas ambil Adam dari tadika, Ummi singgah kedai beli santan. Then pegi kedai jual sayur-sayuran untuk beli daun kesom dan selom, ternampak kangkung, terus Ummi ambil secekak - nak cepat sebab Ummi tinggal Adam & Ariff kat dalam kereta.


Resepi Sayur Kangkung Goreng (Belacan)
1 cekak kangkung - asingkan batang dan daun
1 sb ikan bilis - tumbuk/blend kasar
1 sk cili kering kisar
2 ulas bawang merah - kisar
1 ulas bawang putih -kisar
1 sb kicap
1/4 cawan air
Garam secukup rasa
Sedikit belacan - jika suka

Cara-cara
1. Tumis bawang merah, bawang putih, bilis dan cili kisar hingga garing.
2. Masukkan air, kicap dan garam. Kacau rata.
3. Masukkan batang kangkung. Goreng hingga layu dlm 1-2 minit.
4. Masukkan daun kangkung. Kacau sekejap. Siap.

Ummi tak berapa suka sgt belacan, so Ummi tak letak la, sbb nanti tangan bau belacan je, sakit kepala.

Seingat Ummi, resepi ni Ummi guna sejak dari darjah 5. Dulu-dulu kalau balik kampung, mesti Ummi kutip kangkung (Tok & Wan tanam & jual bermacam jenis sayur). So, ni my favourite la. Tapi dlu-dlu guna lesung batu je. Mula-mula tumbuk cili kering, then masukkan bawang merah dan putih. Akhir sekali masukkan ikan bilis. Tumbuk bilis tu jgn hancur, kasar-kasar je. Then semua bahan tumbuk tadi ditumis, then barulah dimasukkan kangkungnye. Tambah kicap & garam sikit. Sedap hingga menjilat jari! Hehe.